in

Peluncuran siri iQOO Z9 5G warna Titanium oleh vivo Malaysia

Hari ini berlangsung peluncuran iQOOZ9 5G oleh vivo Malaysia bertempat di Savor KL dan dihadiri oleh media, KOL, rakan jualan dan lain-lain.

Pada bulan April lalu, vivo Malaysia telah melancarkan siri iQOOZ9 yang didukung dengan skrin 6.78-inci AMOLED FHD dengan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, iQOOZ9 diperkasa dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, Ingatan Capaian Rawak sebesar 8GB RAM dan storan dalaman 256GB dan dijual pada harga RM1,333.

Rentetan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pembeli di Malaysia. iQOOZ9 5G didatangkan dengan warna Titanium yang tampak lebih menarik.

Menurut Rodge Lai, jenama iQOO diperkenalkan khusus untuk golongan remaja yang mengetahui akan spesifikasi serta teknologi bagi sesebuah telefon pintar.

Menurutnya lagi, iQOO memfokuskan kepada prestasi dan permainan mudah alih yang ternyata akan memberi pengalaman yang memuaskan saat menggunakan iQOO.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan Siri iQOO Z9 5G

iQOO Z9 didatangkan dengan tiga warna termasuk satu warna baharu dan dijual pada harga RM1,499 (12GB + 256GB) dan boleh dibeli di beberapa rakan jualan seperti Direct D, vivo Concept Store dan lain-lain.

Sekiranya anda membeli secara dalam talian, potongan RM100 akan diberikan menjadikan harga jualan RM1,399 (12GB + 256GB). Anda boleh beli di Lazada, Shopee dan TikTok.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Dilema : iPhone 15 Pro atau iPhone 16?