Arakian, bermulalah era baharu model “Pro” bagi iPhone 17, dengan reka bentuk kamera utama yang dikit beza berbanding sebelumnya.iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max kekal model dalam segmen andalan (flagship) yang akan dilancarkan pada September ini.

Berdasarkan lukis CAD, cukup untuk menzahirkan perubahan kepada reka bentuk kamera utama tanpa mengalami perubahan radikal dari segi rupa secara keseluruhan.Titanium sudah menjadi identiti baharu bagi iPhone 15 Pro dan iPhone 16 Pro.

Terdapat laporan, iPhone 17 Pro akan kembali menggunakan Aluminium sebagai material utama bagi segmen ini.iPhone 17 Pro Max hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci, manakala 6.3-inci bagi iPhone 16 Pro yang bagi saya sudah cukup untuk sesebuah telefon pintar.
Segmen “Pro” telah hilang satu keistimewaan yang mana tahun ini semua model iPhone 17 bakal menyokong kadar segar semula 120Hz ProMotion.Kendatipun begitu, iPhone 17 Pro akan mendukung RAM sebesar 12GB berbanding 8GB yang ditawarkan untuk model sebelumnya.
Model ini juga bakal diperkasa dengan A19 Pro yang saya jangka mempunyai prestasi 10% hingga 25% lebih baik berbanding A18 Pro.Dari segi cip modem selular, cip Qualcomm akan terus digunakan berbanding cip buatan sendiri (C1) yang akan digunakan bagi segmen sederhana (mid-range).

iPhone 17 Pro juga bakal dilengkapi dengan teknologi kebuk wap (vapor chamber) untuk meningkatkan prestasi terma.Teknologi ini berfungsi dengan menyebarkan haba ke permukaan lebih luas bagi mengelakkan penurunan prestasi kesan dari kepanasan.
iPhone 17 Pro juga dijangka akan dilengkapi dengan kamera swa-foto 24-megapiksel yang menggunakan kanta enam elemen, menandakan peningkatan ketara berbanding kamera hadapan sedia ada yang hanya beresolusi 12-megapiksel.
Dengan resolusi yang lebih tinggi serta kanta yang lebih maju, kita boleh menjangkakan kualiti gambar yang lebih tajam dan terperinci, terutamanya untuk swa-foto dan panggilan video.


Apple dijangka akan meningkatkan kualiti lensa Telefoto bagi iPhone 17 Pro kepada 48 megapiksel.Dengan peningkatan ini, iPhone 17 Pro menjadi model iPhone pertama yang dilengkapi dengan tiga lensa 48 megapiksel, memandangkan lensa Lebar dan Ultra Lebar telah pun dinaik taraf.
Jika anda membaca semua spesifikasi ini, sudah pastinya mencari-cari keistimewaan yang terdapat dalam model “Pro”.Jika anda bertanya kepada saya, tiada yang menarik, hanya mencukupkan permintaan setiap tahun.

Tahun ini, iPhone 17 Air mungkin menjadi tumpuan walaupun tidak semua akan membelinya.Kegagalan Apple Intelligence telah memberi tamparan hebat kepada Apple untuk mempromosikan iPhone 17 tahun ini.
Setelah kita diberi harapan tinggi sebelum ini, namun janji tinggal janji, telah menzahirkan bahawa Apple berada dalam situasi tidak sihat.Dengan penurunan harga iPhone 16 yang semakin rendah serta Apple Intelligence yang terbantut, cukup untuk menuntaskan semuanya.
Ingat, pilih seindah bianglala, atma meratap, mencari satu kesempurnaan. Seperti kudusnya nirwana, dan sekuat sang nila utama.Hanya Jauhari mengenal Manikam, carilah makna yang abadi, baru memilih yang cantik di hati.
Gambar Utama : @TrickyKetchup
SEKADAR PANDANGAN