in ,

Alamanda Putrajaya Meneruskan Komitmen Dalam Tanggungjawab Sosial Korporat Bersama YAYAKEM

PUTRAJAYA, 20 Mac 2025 – Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya mengukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM).

Seramai 41 orang anak-anak YAYAKEM berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga seperti Bata.

Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ.

Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk memilih sendiri keperluan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pusat beli belah Alamanda untuk menyumbang kepada kesejahteraan komuniti serta golongan yang memerlukan.

CSR yang berterusan oleh Alamanda ini telah menceriakan anak-anak yatim sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Program ini diharapkan dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan.

Lagi artikel di ifon.my  Alamanda Putrajaya Menampilkan Wajah Baharu

Majlis penyampaian sumbangan duit raya serta kelengkapan Hari Raya telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Centre Court, pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.

Acara tersebut disempurnakan oleh Encik Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, yang turut diiringi oleh Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd, serta Encik Junaidy Jamaludin.

Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai pusat beli-belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti.

Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka.”

Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.

Lagi artikel di ifon.my  Alamanda Putrajaya Menampilkan Wajah Baharu

Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi yang menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids.

Selain itu, anak-anak yatim daripada Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM) juga dijemput untuk menikmati majlis berbuka puasa bersama pihak pengurusan Suria KLCC dan wakil media di A’ Decade, sebuah restoran yang menawarkan keunikan masakan tradisional Malaysia.

Dalam pada itu, pihak kami telah temu ramah bersama wakil YAYAKEM dan kakitangan Suria KLCC Sdn Bhd bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mengenai program CSR ini.

Semua temu ramah tersebut akan dirangkum dalam bentuk video dan dikongsikan kepada warga maya dalam masa terdekat.

Program ini merupakan bukti komitmen berterusan Suria KLCC Sdn Bhd dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan golongan yang memerlukan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 17 Pro: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

Raikan Ramadan Dan Syawal Ini Dengan Membeli Samsung Galaxy S25 Ultra Dan Miliki Samsung Galaxy S25 Secara Percuma Melalui Pelan U Family 128