in ,

Kempen The Golden Ticket Kembali Lagi di Alamanda Putrajaya!

Alamanda Putrajaya sekali lagi membawakan kempen istimewa Golden Ticket dengan tawaran hadiah menarik berupa e-Baucar bernilai RM1,000, RM500, dan RM50 yang boleh digunakan di seluruh premis terpilih dalam pusat beli-belah Alamanda.

Untuk menyertai, para pengunjung hanya perlu membuat pembelian minimum RM500 (maksimum dua resit).

Setiap penyertaan, peserta akan diberi peluang melontar dadu istimewa yang setiap sisinya mewakili warna tertentu.

Sekiranya dadu yang dilontar memaparkan warna kuning, peserta berpeluang memilih salah satu kotak kuning yang tersembunyi sampul e-Baucar. Jika bertuah, e-Baucar bernilai sehingga RM1,000 menanti anda.

Menurut Puan Sherina Khairi, Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi, Suria KLCC Sdn Bhd, kempen ini bertujuan menggalakkan aktiviti membeli-belah dalam kalangan pengunjung, khususnya selepas musim perayaan yang menyaksikan penyusutan kuasa beli dalam kalangan pengguna. Golden Ticket merupakan satu lagi langkah proaktif oleh Suria KLCC Sdn Bhd dalam memberikan nilai tambah kepada setiap kunjungan dan perbelanjaan pelanggan.Inisiatif in jugai merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Alamanda Putrajaya dalam menghargai sokongan para pengunjung yang terus menjadikan pusat beli-belah ini destinasi pilihan untuk seisi keluarga.

Lagi artikel di ifon.my  Alamanda Putrajaya Menampilkan Wajah Baharu

Kempen The Golden Ticket ini telah pun bermula dan akan berlangsung sehingga 8 Jun 2025.

Jangan lepaskan peluang kunjungi Alamanda Putrajaya hari ini, berbelanja minimum RM500 dalam dua resit dan rebut peluang menjadi salah seorang pemenang bertuah e-Baucar eksklusif.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Lilo & Stitch Mengekalkan Keaslian “Ohana”