in , ,

Apple Mungkin ‘Kuburkan’ Vision Pro, Fokus Penuh Pada Cermin Mata Pintar

Penganalisis terkenal Apple, Ming-Chi Kuo mendakwa Apple telah membuat perubahan besar terhadap hala tuju produk realiti campuran (XR) mereka.

Menurut laporan terbaharu, rancangan untuk menghasilkan generasi kedua Vision Pro dan model lebih ringan yang dikenali sebagai Vision Air dipercayai telah dibatalkan.

Jika laporan ini tepat, ia menunjukkan Apple kini melihat cermin mata pintar sebagai produk yang mempunyai potensi pasaran jauh lebih besar berbanding set kepala seperti Apple Vision Pro.

Kuo berkata hanya dua produk utama yang masih berada dalam pembangunan aktif iaitu cermin mata pintar berasaskan AI yang dijangka bersaing dengan produk Meta serta cermin mata AR dengan paparan terbina dalam.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 18 Pro Dijangka Hadir Dengan Bateri Lebih Besar, Tetapi Peningkatannya Tidak Begitu Ketara

Apa yang menarik, laporan ini turut bercanggah dengan maklumat daripada Mark Gurman. Gurman sebelum ini melaporkan Apple masih menguji Vision Pro 2 dan turut membangunkan versi yang lebih ringan serta lebih murah, walaupun projek tersebut dikatakan berada dalam keadaan “on ice” dan hanya berpotensi tiba sekitar 2028 atau 2029.

Pada pandangan saya, laporan ini agak masuk akal. Walaupun Vision Pro merupakan demonstrasi teknologi yang mengagumkan, harga yang tinggi dan faktor bentuk yang besar menjadikannya sukar untuk menembusi pasaran arus perdana.

Sebaliknya, cermin mata pintar lebih praktikal untuk penggunaan harian dan berpotensi menjadi evolusi seterusnya selepas telefon pintar.

Namun begitu, saya masih mengambil pendekatan berhati-hati. Ming-Chi Kuo mempunyai rekod yang baik dalam melaporkan produk Apple yang belum diumumkan, tetapi Mark Gurman juga antara sumber yang paling tepat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Watch Doktor Peribadi Anda

Buat masa ini, mungkin lebih tepat untuk mengatakan bahawa masa depan Vision Pro masih belum muktamad, manakala fokus Apple terhadap cermin mata pintar semakin jelas.

Apa pun, nampaknya perlumbaan sebenar Apple selepas iPhone bukan lagi set kepala realiti campuran, tetapi cermin mata pintar yang boleh dipakai setiap hari.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Harga Minyak Turun, Tetapi Jangan Terlalu Selesa

Huawei nova 15 Max Dilancarkan: Bateri 8,500mAh Terbesar Dalam Sejarah Huawei