Dalam dunia yang semakin pantas berubah, keselamatan anak-anak menjadi keutamaan setiap ibu bapa.
Menyedari keperluan itu, HUAWEI Malaysia kini memperkenalkan HUAWEI WATCH KIDS X1 Series, sebuah jam pintar yang bukan sekadar memudahkan komunikasi, malah membantu ibu bapa memantau keberadaan anak-anak dengan lebih yakin.
Diperkenalkan dalam dua varian iaitu HUAWEI WATCH KIDS X1 Pro dan HUAWEI WATCH KIDS X1, kedua-duanya hadir dengan sokongan rangkaian 2G, 3G dan 4G, sistem penentududukan pelbagai mod serta panggilan suara dan video HD melalui aplikasi HUAWEI FamCare.

Kendatipun begitu, fokus sebenar bukanlah pada spesifikasi semata-mata, tetapi bagaimana teknologi ini mampu memberikan ketenangan kepada ibu bapa tanpa mengekang kebebasan anak-anak meneroka dunia.
Jam pintar ini turut dilengkapi kamera hadapan 5MP sudut ultra lebar 110 darjah serta kamera belakang 13MP bagi merakam detik harian. Varian Pro pula tampil lebih ningrat dengan kamera boleh tanggal, sekali gus menawarkan pengalaman fotografi yang lebih fleksibel berbanding jam pintar kanak-kanak lain di pasaran.
Walakin begitu, daya tarikan HUAWEI WATCH KIDS X1 bukan hanya terletak pada ciri keselamatannya. Rekaan AMOLED 1.82 inci yang boleh dipusing 360 darjah bersama pilihan warna ceria menjadikannya kelihatan moden dan menyeronokkan, seolah-olah membawa pawana baharu dalam segmen jam pintar kanak-kanak yang selama ini agak stereotaip.
.jpg)
Embuh-embuhan begitu, nilai sebenar peranti ini terserlah apabila HUAWEI berjaya mengimbangi keperluan komunikasi, keselamatan dan ekspresi diri dalam satu pakej.
Ia bukan sekadar alat untuk menghubungi ibu bapa, malah menjadi jambatan yang menghubungkan keluarga sambil memberi ruang kepada anak-anak membina keyakinan diri.
Melengkapkan penawarannya, HUAWEI WATCH KIDS X1 Pro dijual pada harga RM1,599, manakala HUAWEI WATCH KIDS X1 ditawarkan pada RM999. Setiap pembelian turut didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM808, termasuk langganan HUAWEI Care+ selama setahun dan Waranti APAC selama setahun.
Tawaran ini ibarat bianglala yang melengkapkan pengalaman pemilikan, menjadikan pakej keseluruhannya lebih menarik untuk keluarga moden.

