in

Media Sosial Bukan Sekadar Pentas Populariti, Astro Tampil Dengan Siri ‘Maara’ Berteraskan Kesedaran Digital

Dalam era media sosial yang semakin mempengaruhi kehidupan harian, isu etika digital dan keselamatan dalam talian menjadi semakin penting, khususnya dalam kalangan remaja.

Atas sebab itu, Astro tampil dengan pendekatan berbeza menerusi siri teknothriller baharu, Maara, yang bukan sekadar menyajikan hiburan, malah membawa mesej tentang tanggungjawab ketika menggunakan media sosial dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menariknya, siri ini diterbitkan hasil kerjasama Astro bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara selamat.

Inisiatif ini turut selari dengan kempen ESG Astro, Suara untuk Kebaikan, yang menggunakan kandungan hiburan sebagai medium menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

Lagi artikel di ifon.my  Konsert Akhir Raise The Star Malaysia, Debaran Kian Terasa

Maara mengisahkan perjalanan seorang pelajar universiti berusia 19 tahun yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial terkenal.

Namun, dalam usaha mengejar populariti dan keuntungan, dia mula mengabaikan nilai moral sehingga sanggup mengeksploitasi ahli keluarga serta melanggar privasi orang lain demi kandungan tular.

Keputusan-keputusan tersebut akhirnya membawa kepada akibat yang jauh lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

Inilah kekuatan utama Maara. Jalan ceritanya dekat dengan realiti kehidupan hari ini, terutama apabila ramai sanggup melakukan apa sahaja demi tontonan, jumlah pengikut dan perhatian di media sosial. Siri ini mengingatkan bahawa setiap tindakan di dunia digital tetap mempunyai implikasi dalam dunia sebenar.

Bagi saya, pendekatan Astro wajar diberikan pujian kerana berjaya menggabungkan hiburan dengan mesej pendidikan tanpa kelihatan terlalu mengajar.

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: Empat Peserta Tersingkir Di Minggu Kedua

Jika penyampaiannya konsisten sepanjang siri ini, Maara berpotensi menjadi antara karya tempatan yang bukan sahaja menghiburkan, malah mampu membuka mata penonton mengenai kepentingan etika digital serta penggunaan media sosial secara lebih bertanggungjawab.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

HUAWEI WATCH KIDS X1 Tiba di Malaysia, Teman Pintar yang Memberi Ketenangan Buat Ibu Bapa