in

Dato’ Jalaludin Hassan Dinobatkan Juara Kilauan Emas Selebriti

Malam kemuncak Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung di Auditorium MBSA akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh meriah apabila Dato’ Jalaludin Hassan dinobatkan sebagai juara.

Lebih manis, Dato’ Jalaludin Hassan turut menerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week, sekali gus melengkapkan malam istimewa buat beliau selepas memberikan persembahan terakhir menerusi lagu My Way.

Dengan tema “Selekoh Terakhir”, pentas finale menyaksikan keenam-enam peserta memberikan persembahan terakhir menerusi segmen solo dan duet. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Setelah Aku Kau Miliki, Syurga di Telapak Kaki Ibu, Cinta Sejati, My Way, Srikandi Cintaku dan Doa.

Selepas segala persembahan berakhir, keputusan rasmi Kilauan Emas Selebriti menyaksikan Dato’ Jalaludin Hassan muncul sebagai juara dengan markah 69.08%, diikuti Dato’ A. Tamimi Siregar di tempat kedua dengan 67.37%, Zila Bakarin di tempat ketiga dengan 62.71%, Fazlina Ahmad Daud di tempat keempat dengan 57.66%, Amyza Aznan di tempat kelima dengan 57.61%, manakala Rahhim Omar menamatkan saingan di tempat keenam dengan 57.60%.

Lagi artikel di ifon.my  Didie Shazly Juara Raise The Star Malaysia Musim Pertama

Bukan sekadar gelaran, setiap peserta turut membawa pulang hadiah yang disediakan khas untuk pentas finale.

Sebagai juara, Dato’ Jalaludin Hassan membawa pulang trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper bernilai RM800, pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang serta bunga.

Naib juara, Dato’ A. Tamimi Siregar menerima trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper bernilai RM600, pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang serta bunga.

Bagi tempat ketiga, Zila Bakarin menerima trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper bernilai RM500, pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang serta bunga.

Fazlina Ahmad Daud yang menduduki tempat keempat pula menerima trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper bernilai RM350, pakej penginapan dua hari satu malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang serta bunga.

Lagi artikel di ifon.my  Astro Umum Musim Baharu Kilauan Emas 2025, Tampil Lebih Segar dan Inklusif

Sementara itu, Amyza Aznan dan Rahhim Omar, masing-masing di tempat kelima dan keenam, menerima trofi sumbangan Astro, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper bernilai RM350 serta bunga.

Kendatipun begitu, perjalanan Kilauan Emas Selebriti bukan sekadar tentang kemenangan. Setiap peserta telah membawa pengalaman, cerita dan persembahan tersendiri sepanjang saingan sehingga akhirnya tiba di pentas “Selekoh Terakhir”.

Dan malam ini, nama Dato’ Jalaludin Hassan akhirnya terpahat sebagai Juara Kilauan Emas Selebriti.

Tahniah buat semua peserta dan syabas kepada Dato’ Jalaludin Hassan atas kemenangan yang cukup bermakna.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iQOO 16 Bakal Tiba di Malaysia, Bawa Skrin 2K 165Hz dan Snapdragon 8 Elite Gen 6