in

Beberapa Tali Jam Apple Watch Telah Kehabisan Stok Bagi Memberi Laluan Pada Acara Khas Apple September ini.

Seperti diketahui umum, laman jualan Apple Malaysia banyak menjual pelbagai jenis tali jam untuk disesuaikan dengan anda.

Terkini, beberapa tali jam yang disenaraikan dalam laman jualan Apple Malaysia telah kehabisan stok seiring dengan Acara Khas Apple yang dijadualkan pada September ini.

Screenshot_20180822-005155
Tali Jam Apple Watch

Antara beberapa model yang kehabisan stok termasuklah 42mm Tahoe Blue Sport Loop,42mm Pearl Pink Sport Loop,
38mm Sky Blue Sport dan banyak lagi.

Secara peribadi, berdasarkan jumlah tali jam yang telah kehabisan stok. Besar kemungkinan Apple akan melancarkan tali jam baru semasa acara tersebut.

Selain itu juga Apple akan melancarkan Apple Watch Siri 4 di mana terdapat laporan yang mana model ini akan hadir dengan skrin lebih besar serta jangka hayat bateri yang lebih lama.

Setakat ini Apple masih belum mengumumkan tarikh pelancaran tersebut. Dan besar kemungkinan kita akan ketahui dalam beberapa hari sahaja lagi.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Bakal Melancarkan Apple Watch Siri 4 Pada Acara Khas Apple- Episod 2

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kenapa iPhone 6 Tidak Relevan Untuk Tahun 2018

Mengenali iPhone Locked Set (RSIM/TurboSIM)