Siapa peminat Apple tentu sekali mengenali individu ini bukan? Beliau ialah Eddy Cue yang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Kanan Internet Software & Services di Apple.
Jika anda sering menonton WWDC, wajah beliau sering mewarnai pada acara tersebut.Peranan utama Eddy Cue adalah mengetuai Apple dalam beberapa projek penting termasuklah iTunes Store, Apple Music, iBook Store, Apple Pay, SIRI, Maps, iCloud dan lain-lain.
Namun pada September 2017, pembangunan SIRI telah bertukar tangan dimana ia diberikan kepada Craig Federighi yang merupakan individu berperanan dalam pembangunan iOS dan macOS.Secara peribadi saya melihat Eddy Cue bukanlah calon sesuai untuk mengetuai Apple dalam pembangunan inovasi.
Craig Federigi
Ini dibuktikan dengan kelemahan dalam perkembangan Apple Maps, Siri dan Apple Pay.Pada ketika itu, Google masih belum lagi memperkenalkan Google Assistant. Yang ada hanyalah Svoive dari Samsung.
Namun, inovasi ini hanyalah sekadar strategi pemasaran sahaja kerana teknologi mereka sangat mengecewakan.Tahun ini SIRI boleh dikatakan hampir mencapai usia 6 tahun. Tapi, inovasi ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatannya.
Secara peribadi saya melihat pembangun inovasi yang lemah merupakan punca utama mengapa inovasi ini tidak berkembang.Jika anda melihat Google Assistant yang baru berusia dua tahun. Pelbagai fungsi boleh kita gunakan.
Kepandaian Google Assistant saya lihat jauh lebih baik dari SIRI.Kenapa semua ini terjadi? Tentu sekali ia berpunca dari kelemahan pentadbiran. Kerana itulah, pada September 2017 Tim Cook menyerahkan pembangunan SIRI ini kepada Craig Federighi. Dalam masa yang singkat sahaja, Craig Federighi telah menunjukkan kemampuan SIRI bersuara
Walaupun SIRI selamat bertukar tangan pada individu yang berkaliber. Terdapat satu lagi inovasi yang patut dipindahkan kepada Craig Federighi iaitu Apple Pay.
Jika dilihat Apple Pay pada tahun ini akan menyambut ulang tahun ke 4.
Namun, hingga kini Malaysia dan negara-negara lain masih belum mendapat perkhidmatan ini. Adalah situasi ini akan sama dengan pembangunan SIRI?Eddy Cue ini boleh saya anggap individu yang langsung tidak layak menerajui Apple.
Namun, hingga kini Malaysia dan negara-negara lain masih belum mendapat perkhidmatan ini. Adalah situasi ini akan sama dengan pembangunan SIRI?Apple Maps juga saya lihat inovasi yang sangat lembab. Kali pertama Apple Maps diperkenalkan semasa Scott Forstall masih ada di Apple lagi.
Semasa Scott Forstall melancarkan Apple Maps, sudah banyak ciri-ciri hebat termasuklah Flyover. Tapi sejak ia diketuai oleh Eddy Cue, pembangunan lembab dan tiada apa yang boleh dibanggakan. Secara peribadi saya lebih selesa pakai aplikasi Waze berbanding Apple Maps.
Ironinya, Eddy Cue ini boleh saya anggap individu yang langsung tidak layak menerajui Apple. Apple memerlukan individu yang agresif dalam pembangunan inovasi. Bukan hanya sekadar membangunkan inovasi baharu, malah mengembangkan inovasi tersebut di peringkat global.
SEKADAR PANDANGAN