in , ,

Tim Cook Bakal Memperoleh RM615 Juta Hasil Dari Kepimpinan Beliau Di Apple

Tim Cook atau nama sebenar beliau Timothy Donald Cook merupakan Pegawai Eksekutif Apple bermula dari tahun 2011 hinggalah sekarang.

Di bawah kepimpinan beliau telah banyak perubahan yang dibuat termasuklah merombak kepimpinan Apple. Walaupun Apple pada ketika ini mendapat reaksi kurang baik dikalangan pengguna.

Namun beliau telah membawa Apple ke satu tahap yang tidak mampu dicapai oleh syarikat gergasi lain dalam dunia ini.

Screenshot_20180823-005958

Pasaran Saham Apple

Antara kejayaan paling berharga adalah menjadikan Apple satu-satunya syarikat yang mencapai modal pasaran sebanyak USD 1 Trilion iaitu bersamaan RM4,101,200,000,000.00.

Terkini Bloomberg telah melaporkan bahawa Tim Cook bakal memperoleh saham sekitar 560,000 unit merangkumi 280,000 unit diberikan kerana kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple dan 280,000 unit lagi di atas prestasi saham Apple yang sangat positif. Kedua-dua saham ini dianggarkan bernilai USD120 juta atau bersamaan RM615 juta.

Lagi artikel di ifon.my  Tatacara Serta Panduan Mengemaskini iOS 13
2015-10-01-tim-cook-0015edit_wide-f48557c6a5c5ffe372d923e91ced89
Tim Cook

Bloomberg sebelum ini juga telah melaporkan pada fiskal 2017, Tim Cook telah memperoleh pendapatan sekitar RM12 juta, RM38 juta dalam bentuk bonus dan saham berharga RM363 juta.

Manakala bagi pengurusan tertinggi Apple yang lain termasuklah Luca Maestri, Angela Ahrendts, Johny Srouji, Dan Riccio, dan Bruce Sewell masing-masing telah menerima bonus sebanyak RM12 juta.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah telah memohon Tim Cook agar menggunakan perkhidmatan jet peribadi serta pembantu peribadi masing-masing telah menelan kos sebanyak RM378 juta dan RM912,509.00.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan ini, ia mungkin satu berita gembira buat beliau. Tidak hairanlah mengapa beliau kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga ke hari ini.

Lagi artikel di ifon.my  Kenali semua CEO Apple

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi Apple bakal melancarkan iPhone 2018. Jika sebelum ini jualan bagi iPhone X dan iPhone 8/Plus sangat positif dan kekal sebagai telefon pintar paling popular di dunia.

Adakah model yang dipertaruhkan ini mampu mengangkat Apple seperti yang berlaku sebelum ini?

Sama-sama kita nantikan.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Bloomberg

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Eddy Cue, Individu Parasit Dalam Apple.

Gambar Pixel 3 XL Tertiris Lagi Di Arena Web