Jika semalam satu laporan di mana Golman Sachs melaporkan bahawa mereka telah tersilap jangka berhubung harga bagi iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone 9 yang mana harga baharu yang dijangka oleh mereka adalah:
iPhone 9 – USD849
iPhone XS – USD 949
iPhone XS Max -<USD 999
Terkini media di China melaporkan bahawa Apple besar kemungkinan akan menggunakan iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC sebagai nama baharu bagi produk mereka.
Hal ini dibuktikan dengan slide pembentangan yang telah tertiris di arena web yang dikongsi oleh Slashleaks.
Berdasarkan slide yang dipamerkan ini jelas menunjukkan bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone mereka pada 13 September 2018 (waktu Malaysia).
Selain itu ia turut memperkenalkan nama bagi model baharu iaitu iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC.
Berdasarkan laporan ini juga, harga bagi ketiga-tiga iPhone ini dijual pada harga bermula ¥7,388.00,¥8,388.00 dan ¥5,888.00.
Ini bermakna harga bagi ketiga-tiga iPhone ini menepati jangkaan yang dikeluarkan oleh Pengalisis Ming-Chin Kuo.
Jika benarlah maklumat yang tertiris ini bermakna harga iPhone dalam Ringgit Malaysia adalah:
iPhone XC- RM3,442.00
iPhone XS- RM 4,380.00
iPhone XS Plus – RM4,857.00
Maklumat yang dipamerkan dalam slide ini juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga iPhone bakal dijual pada 22 September 2018 (waktu Malaysia).
Seperti diketahui satu keping gambar telah tertiris yang memungkinkan ia adalah model iPhone XC.
Penggunaan perkataan XC besar kemungkinan merujuk kepada Color atau warna. Adakah Apple akan menggunapakai kaedah yang dibuat pada iPhone 5C?
Konklusinya, berdasarkan maklumat ini saya agak bersetuju dengan apa yang dihebahkan berbanding beberapa maklumat lain yang dikeluarkan sebelum ini.
SEKADAR PANDANGAN