in

Huawei Yakin Cip Pemprosesan Kirin 980 Mengatasi Apple A12 Bionic

Sesuatu yang agak menarik untuk dibincangkan apabila Huawei bakal melancarkan telefon pintar terbaharu mereka Mate 20 Pro pada 16 Oktober 2018.

huawei_mate_20_pro_leak_wf_1
Gambar Mate 20 Pro Tertiris

Jika dilihat pada model terbaharu ini nampaknya Huawei masih mengekalkan rekaan Notch pada paparan skrin, sama seperti beberapa model sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian saya berhubung model terbaharu ini adalah satu kenyataan dari pihak Huawei bahawa mereka yakin cip pemprosesan Kirin 980 mampu mengatasi Apple A12 Bionic yang hadir pada iPhone Xr, iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Screen_Shot_2018_09_12_at_2.36.27_PM.1536774839

A12 Bionic merupakan cip pertama dari Apple yang menggunakan 7nm dan mengandungi 6.9 bilion transistor sama seperti Kirin 980 dari Huawei.

Lagi artikel di ifon.my  IDC: Pasaran Telefon Pintar Global Turun 4.9%, Samsung Mendahului Dan Apple Kembali Merampas Kedudukan Dari Huawei

Namun Huawei memaklumkan bahawa pihak mereka telah menambah baik cip pemprosesan Kirin 980 dan mampu mengatasi Apple A12 Bionic.

Sekiranya benar kenyataan yang dibuat oleh Huawei, bermakna Mate 20 Pro bakal menjadi telefon pintar paling berkuasa di dunia.

kirin-980-header

Umum mengetahui bahawa cip pemprosesan dari Apple gagal dipintas oleh pesaing rapat mereka sebelum ini. Jika benarlah apa yang dinyatakan oleh Huawei, bermakna Apple dalam situasi yang kurang baik.

Secara peribadi saya dapat rasakan Apple A12 masih menjadi cip pemprosesan paling berkuasa dan mampu menandingi Kirin 980.

Walaupun saya mengakui bahawa Huawei sangat agresif untuk menjadi pemain utama dalam industri telefon pintar. Namun, bagi saya terlalu awal untuk Huawei mengeluarkan kenyataan ini selagi ia belum dibuktikan secara saintifik.

Lagi artikel di ifon.my  Gartner: Pertumbuhan Jualan Bagi Telefon Pintar Apple Tidak Berubah, Samsung Turun Dan Huawei Meningkat Bagi Suku Ketiga Tahun 2018

SEKADAR PANDANGAN

Sumber:9to5google

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xs Max Dinobat “Best Smartphone Display Award” Oleh DisplayMate

iPhone Xs Max Mempunyai Tahap Kepantasan Lebih Baik Berbanding Samsung Galaxy Note 9