Seperti diketahui iOS 12 merupakan sistem operasi paling terkini bagi iPhone, iPad dan iPod. iOS 12 juga hadir dengan kemaskini kecil yang lebih memfokuskan kepada kestabilan serta prestasi iPhone khususnya model iPhone 5S.
Jika diamati secara kasar iOS 12 merupakan kitaran terakhir bagi Apple sebelum mereka merombak kembali iOS sedia ada dan memperkenalkan paparan antara muka yang baharu.
Ini boleh saya buktikan dimana kali pertama iOS dibangunkan, Scott Forstall telah memperkenalkan rekaan Skeuomorphic. Sebanyak enam (6) generasi telah menggunapakai paparan antara muka ini iaitu:
- iPhone OS
- iPhone OS 2
- iPhone OS 3
- iOS 4
- iOS 5
- iOS 6
Pada 2013,Apple telah mengejutkan penonton dengan memperkenalkan iOS 7 yang merupakan sistem operasi pertama dirombak antaramuka yang lebih minimalis.
Sejak dari itu, Apple menggunapakai paparan antaramuka ini sehingga sekarang, berikut kronologi bagi sistem operasi tersebut.
- iOS 7
- iOS 8
- iOS 9
- iOS 10
- iOS 11
- iOS 12
Berdasarkan sumber inilah saya menoktahkan mengapa iOS 12 hadir dengan penambahbaikan kecil. iOS 12 juga boleh saya katakan sebagai hadiah dari Apple kepada pengguna iOS yang terkesan dengan masalah yang dihadapi pada iOS 11 sebelum ini.
Namun adakah pengguna berpuas hati setelah mengemaskini iOS 12?
Secara peribadi saya cukup berpuas hati sebaik mengemaskini iOS 12 lebih-lebih lagi pada peranti lama saya termasuklah iPhone 5S dan iPhone 6.
Bagi menuntaskan kepada persoalan ini saya telah membuat sedikit soal selidik berhubung tahap kepuasan pengguna terhadap iOS 12.
Soal selidik ini melibatkan kumpulan pengguna yang berada di Facebook dengan menjadikan Apple User Group sebagai medium utama serta Twitter peribadi saya.
Berikut merupakan keputusan undian yang dibuat dalam tempoh yang singkat.
Sebanyak 1085 pengguna Facebook telah turut serta dalam soal selidik ini dan sebanyak 648 atau sekitar 59.72% responden berpuasa hati dengan iOS 12.
35% responden belum mengemaskini dan 4% responden kurang berpuas hati dengan iOS 12.
Di laman Twitter pula sebanyak 3175 responden menjawap soal selidik ini dan 40% bersetuju bahawa mereka berpuasa hati dengan iOS 12 42% beluj mengemaskini dan 6% tidak berpuas hati.
Berdasarkan soal selidik ini saya boleh menuntaskan bahawa iOS 12 mendapat maklum balas yang positif dikalangan pengguna. Oleh yang demikian,bagi pengguna iOS 11 anda digalakkan untuk mengemaskini iOS 12 bagi menstabilkan peranti anda yang sedia ada.
Namun, pengemaskinian ini tertakluk kepada iPhone,iPad dan iPod yang menggunakan komponen asli sahaja serta belum pernah dibuka atau dibaiki di mana-mana kedai yang tidak disahkan oleh Apple.
Walaupun begitu, bagi pengguna iPhone Refurbish, iPhone Locked set dan iPhone yang pernah dibaiki atau dibuka oleh pekedai yang bukan disahkan oleh Apple, tiada salahnya untuk anda mengemaskini iOS ini, namun risiko setelah mengemaskini dibawah tanggungjawab anda 100%.
SEKADAR PANDANGAN