Seperti diketahui Apple baru sahaja melancarkan iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr di Malaysia pada 26 Oktober 2018.
Walaupun peratusan pengguna iOS di Malaysia semakin mengucup, sambutan terhadap jualan iPhone terkini masih cukup menoktahkan bahawa masih ramai pengguna di Malaysia memilih iPhone sebagai telefon pintar mereka.
Namun timbul persoalan, apakah faktor utama pengguna memilih iPhone? Sebelum ini saya pernah membuat undian di laman Facebook Group Apple paling popular di Malaysia iaitu Apple User Group dan Twitter saya @xaviernaxa. Berdasarkan undian majoriti pengguna memilih iPhone disebabkan oleh ekosistem iOS.
Namun perkara yang sering menghantui pengguna iPhone adalah jangka hayat bateri yang terlalu singkat berbanding telefon pintar flagship lain di pasaran.
Adakah iPhone terbaharu keluaran Apple memberikan jangka hayat memuaskan?
Terkini ifix telah membuka komponen yang ada pada iPhone Xr dan mendapati bateri yang digunakan pada model ini adalah 11.12Wh berbanding 6.96 pada iPhone 8, 10.28Wh pada iPhone 8 Plus dan 10.13 Wh pada iPhone Xs.
Walau bagaimanapun, ia masih belum dapat menandingi 12.08 Wh pada iPhone Xs Max.
iPhone Xr dikuasakan dengan 7nm A12 Bionic yang menjanjikan ketahan bateri sehingga 25 jam bagi panggilan dan 15 jam bagi pengguna internet.
iPhone Xr mula dijual di pasaran Malaysia bermula sekarang anda boleh mendapatkan model ini serendah RM3,599.00 bagi 64GB.
Secara peribadi iPhone Xr bakal menjadi model paling laris dalam kelasnya dan seterusnya mengekalkan momentum sebagai antara telefon pintar paling popular di dunia untuk suku pertama tahun 2019 kelak.
SEKADAR PANDANGAN