Sejak kebelakangan ini ramai dikalangan peminat Apple menantikan versi terbaharu bagi AirPods. Namun semasa Acara Khas pada bulan Oktober lepas semuanya telah terjawab dimana Apple tidak akan memperkenalkan AirPods (generasi kedua) pada tahun ini.
AirPods merupakan produk pertama Apple bagi wireless earbuds yang menggunakan cip Apple W1 di dalamnya. Setakat ini hanya empat model sahaja yang menggunakan cip Apple W1 antaranya Apple AirPods, BeatsX dan Beats Solo3 Wireless dan Beats PowerBeats3 Wireless.
Beats Solo3 Wireless
BeatsX
Apa yang membezakan produk ini dengan yang lain adalah pengalaman sambungan yang sangat pantas serta pengguna mampu memantau jangka hayat bateri pada iPhone mereka.
Apple W1 merupakan SoC yang dibangunkan oleh Apple yang digunakan pada AirPods dan beberapa produk Beats. Ia mengekalkan sambungan Bluetooth berkelas satu dengan peranti komputer dan decodes aliran audio yang dihantar kepadanya.
Setakat ini Apple telah menghasilkan tiga generasi cip siri W dan yang paling terkini Apple W3 yang digunakan pada Apple Watch Siri 4.
AirPods kali pertama dijual secara rasmi 21 Disember 2016 dan ia sudah 22 bulan berada di pasaran.
Di Malaysia AirPods dijual pada tanda harga RM849.00, namun harga AirPods telah turun dan dijual pada harga RM649.00 sahaja.
Walaupun produk ini sudah 22 bulan berada di pasaran, menurut laporan dari BestBuy AirPods nampaknya tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan memandangkan sambutan bagi produk ini masih tinggi.
Di laman Lazada Malaysia juga kebanyakan penjual akan menjual AirPods dengan harga promosi sekitar RM549 hingga RM599 sempena 11.11.2018.
Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah Apple bakal memperkenalkan AirPods (generasi kedua). Namun saya menjangkakan Mac 2019 adalah bulan yang paling sesuai untuk pelancaran produk ini.
SEKADAR PANDANGAN