in , ,

Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Apabila saya menyebut nama Thunderbolt tentu ada dikalangan anda kurang mengetahui akan teknologi ini. Namun bagi pengguna Mac mungkin ia bukan perkara baharu dalam teknologi I/O (input dan output).

Port Thunderbolt hadir pada beberapa produk Mac termasuklah Macbook Air, Macbook Pro, iMac, iMac Pro dan Mac Pro.

2019-mac-pro-side-and-front

Thunderbolt merupakan teknologi yang dihasilkan dari kerjasama Intel dan Apple. Thunderbolt membolehkan penyambungan dari peranti atau perkakasan kepada komputer. Thunderbolt mempunyai tiga versi iaitu Thunderbolt 1 dan Thunderbolt 2 menggunakan penyambungan Mini DisplayPort (MDP), manakala Thunderbolt 3 menggunakan penyambungan USB Type-C.

Apa yang menarik pada teknologi Thunderbolt adalah kelajuan pemindahan data yang mana Thunderbolt 3 mampu mencapai 40Gb/s, Thunderbolt 2 20Gb/s dan Thunderbolt 10Gb/s. Berdasarkan maklumat jelas menunjukkan bahawa kepantasan Thunderbolt 3 empat kali ganda berbanding USB Type-C yang hanya mempunyai kelajuan pemindahan data sebanyak 10Gb/s.

Lagi artikel di ifon.my  IDC: Pasaran Telefon Pintar Global Turun 4.9%, Samsung Mendahului Dan Apple Kembali Merampas Kedudukan Dari Huawei

Umum mengetahui bahawa kebanyakkan peranti telah menggunakan USB Type-C sebagai penyambungan I/O. Namun dari segi kepantasan pemindahan data ia masih belum dapat menandingi Thunderbolt 3.

Oleh yang demikian, penggunaan Thunderbolt 3 adalah satu kemestian bagi golongan profesional atau pengguna yang mahukan tugasan yang lebih pantas dan menjimatkan masa.

Memandangkan Thunderbolt 3 menggunapakai penyambungan USB Type-C, maka Pengguna boleh mencari aksesori atau perkakasan yang menyokong teknologi ini. Antara salah satu produk yang menyokong teknologi Thunderbolt 3 adalah TS3 Plus dan Thunderbolt™ 3 mini Docks.

Thunderbolt™ 3 mini Docks
Thunderbolt™ 3 mini Docks
TS3 Plus
TS3 Plus

Antara sebab utama mengapa saya memilih produk ini diiklankan dalam laman jualan Apple AS dan sudah semestinya ia antara produk yang mendapat pengesahan dari pihak Apple.

Lagi artikel di ifon.my  Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $1 Trilion

3

Oleh kerana produk ini menjadi pilihan, saya akan perincikan kepada anda kelebihan produk ini berbanding produk yang lain. Atas inisiatif ini pihak CalDigit bersetuju untuk memberikan diskaun kepada anda.

Nantikan ulasan saya bagi dua produk ini iaitu Thunderbolt™ 3 mini Docks dan TS3 Plus.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Peningkatan Penggunaan USB Type-C Menafikan Teknologi Sebelumnya

Ulasan Thunderbolt™ 3 mini Docks