in ,

2021, Tahun Bagi iPhone Siri-S

Tahun lepas sebanyak lima buah iPhone telah dilancarkan antaranya:

  1. iPhone SE (2020)
  2. iPhone 12 Mini
  3. iPhone 12
  4. iPhone 12 Pro
  5. iPhone 12 Pro Max
Secara dasarnya, Apple sepatutnya melancarkan iPhone Siri-S pada tahun 2020. Namun disebabkan rekaan iPhone mengalami perubahan yang radikal, Apple telah menggunakan nama iPhone 12 berbanding iPhone 11s.
Es9-DUKe-VEAAw-Gam
Sebelum ini saya telah mengulas bahawa iPhone Siri-S mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding model Asas. Ini boleh dibuktikan dengan jangka hayat iPhone 5s dan iPhone 6s.

Es9-DUl-PVg-AAk8-Iu

Tahun 2021 berkemungkinan tahun bagi Siri-S. Ini bermakna Apple akan mengekalkan rekaan sedia ada namun terdapat perubahan ketara pada spesifikasi.
Saya akan berkongsi beberapa maklumat yang dianggap relevan dan diambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, perlu diingatkan kita jangan terlalu berharap Apple akan memperkenalkan semua teknologi hebat dalam satu kitaran iPhone.
Apple bukan sebuah jenama yang agresif untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai inovasi yang hebat. Maka kita jangan terlalu berharap Apple akan memberikan sesuatu yang “wow” bagi sesebuah produk terutama iPhone.
Memandangkan 2021 adalah tahun bagi Siri-S, maka Apple berkemungkinan masih memperkenalkan empat variasi bagi iPhone 12s iaitu:
1- iPhone 12s Mini
2- iPhone 12s
3- iPhone 12s Pro
4- iPhone 12s Pro Max
Sebelum iPhone Siri-S dilancarkan, Apple berkemungkinan akan merasmikan iPhone SE Plus seperti dilaporkan oleh Penganalisis Terhormat Ming-Chi Kuo. iPhone 12s saya boleh anggap pelengkap kepada iPhone 12. Ini bermakna terdapat perubahan dari segi spesifikasi bagi mengekalkan identiti bagi sebuah iPhone Siri-S.
Tidak dipastikan apakah maksud “S” pada iPhone 12. Namun maksud yang tepat bagi “S” adalah kelajuan “Speed” seperti diumumkan oleh Phill Schiller suatu ketika dahulu.

Terdapat beberapa petunjuk bagi membuktikan iPhone 12s mempunyai prestasi terbaik dalam kelasnya antaranya:
Kadar segar semula 120Hz ProMotion
Khabar angin Apple bakal menggunakan kadar segar semula 120Hz telah bertiup kencang sejak iPhone 12 lagi. Saya juga turut mengeluarkan penulisan yang menyanggah khabar angin tersebut dan berpandangan iPhone tahun 2020 hanya memfokuskan kepada rekaan semata-mata.
Tahun 2021, sudah semestinya kadar segar semula 120Hz akan digunakan pada iPhone 12s untuk memberikan identiti bagi iPhone Siri-S. Fitur ini hanya terhad kepada iPhone 12s Pro dan iPhone 12s Pro Max.
Tanpa Lubang Pengecasan Lightning
Laporan berhubung iPhone tanpa lubang pengecasan lightning telah dikongsi oleh Ming-Chi Kuo sejak tahun 2019 lagi. Dalam laporan tersebut beliau menjelaskan sekurang-kurangnya sebuah iPhone segmen premium hadir tanpa lubang pengecasan.
Oleh itu, iPhone 12s Pro Max berkemungkinan bakal menjadi model pertama hadir tanpa lubang pengecasan dan bergantung sepenuhnya kepada MagSafe atau pengecasan tanpa wayar.
Walakin begitu, tidak mustahil iPhone 12s Pro juga akan turut dikecualikan lubang pengecasan lightning.
Touch ID Terbina di Skrin
Walaupun saya agak ragu-ragu untuk menerima maklumat ini. Namun laporan berhubung Apple bakal menggunakan Touch ID terbina pada skrin iPhone 13 (iPhone 12s) telah dilaporkan oleh tiga sumber yang sangat sahih termasuklah Ming-Chi Kuo, Mark Gurman dan Wall Street Journal.
Walakin begitu, Face ID masih dikekalkan dan Touch ID tersebut adalah alternatif kepada sistem biometrik.
Storan 1 Terabait
Petunjuk bahawa iPhone 12s bakal menyokong 1 Terabait telah dikongsi oleh Jon Prosser.
Jon Prosser bukanlah individu biasa memandangkan tahun lepas kebanyakan maklumat yang dikongsi adalah tepat.
Namun besar kemungkinan, storan 1TB terhad kepada iPhone segmen andalan. Dan sudah semestinya harga jualan akan meningkat dengan mendadak.
Konklusinya, berdasarkan fitur yang saya nyatakan di atas. Kemungkinan terdapat satu atau dua fitur tersebut tidak akan diperkenalkan pada iPhone 12s.
Seperti yang saya nyatakan, Apple bukan seperti syarikat lain yang agresif untuk meletakkan semua fitur dalam sebuah telefon pintar. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berhubung iPhone 12s. Kebiasaannya kita bakal mengetahui lebih mendalam sekitar bulan Jun tahun ini.
Ini merupakan pandangan awal saya dan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Namun saya konsisten untuk katakan bahawa Apple tidak mungkin memperkenalkan semua fitur dalam satu kitaran iPhone.
SEKADAR PANDANGAN
Lagi artikel di ifon.my  Craig Federighi Tulang Belakang Apple

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melancarkan AirPods Max

(gambar kredit: Max Weinbach)

iPhone, Beli atau Tangguh? – Bab Satu