in

MagSafe Sekadar Gimik?

Sejak Apple memperkenalkan MagSafe pada iPhone 12, saya berpandangan aksesori ini hanyalah sebuah gimik. MagSafe lebih mesra pada iPhone 12 dan mampu mengecas sehingga 15W kecuali iPhone 12 Mini yang hanya 12W.

Mag-Safe-Charger-3

Saya masih menganggap MagSafe pengecas berwayar dan perlu melekatkan dibahagian belakang iPhone. Sudah semestinya kaedah ini akan mengakibatkan kesan haba namun tidak memudaratkan kesihatan bateri. Setakat ini saya tidak nampak aksesori ini mesra pengguna dan wang.

Hari ini, Apple telah melancarkan MagSafe Battery Pack pada harga RM479.Perlu diingatkan, MagSafe Battery Pack adalah sebuah bank kuasa sahaja, yang membezakannya anda tidak perlu bergantung kepada kabel lightning untuk mengecas. Mungkin anda boleh gunakan MagSafe Battery Pack saat kecemasan.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Berselindung Disebalik Keberanian?

Screenshot-2021-07-14-at-12-54-34-PM

Konklusinya, saya belum melihat keistimewaan pada sebuah produk MagSafe. Pada pandangan mata kasar saya, ia hanyalah gimik.Nampak bergaya, namun tidaklah berjaya. Mungkin aksesori ini sesuai untuk golongan kaya yang punyai wang seluas jagat raya.

Setiap orang punyai citarasa tersendiri. Maka saya tidak mempunyai masalah jika seseorang itu berminat untuk memilikinya. MagSafe masih terlalu mentah dan memerlukan masa untuk matang.Saya akan membelinya kelak, jika terbukti MagSafe sebuah produk yang berinovasi dan mesra pengguna.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 13 dan iPhone 12 Kembar Seiras?

Pengakhiran Sebuah MacBook