in ,

Ulasan Filem : Kraven the Hunter

Filem keenam di bawah Sony Spider-Man Universe yang menyentuh elemen kekeluargaan, warisan, alam dan mergastua.

Watak antagonis juga sedikit berbeza dengan dua watak mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun, saya menyukai watak The Foreigner yang mempunyai kebolehan dalam memanipulasi hingga dapat membunuh mangsa dengan mudah.

Malangnya watak Rhino tidak diasah dengan sewajarnya, hanya ditekankan pada babak klimaks. Kelebihan Rhino terletak kepada kekuatan dan kekebalan. Kendatipun begitu, kedua-dua watak antagonis ini berakhir dengan singkat tanpa kesan mendalam.

Penceritaan bermula tentang latar belakang Sergei Kravinoff (Kraven), yang dilahirkan dalam keluarga mafia dan ayahnya Nikolai Kravinoff obses dalam pemburuan binatang dengan matlamat untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan sang mergastua.

Sergei yang hampir mati diterkam oleh raja rimba telah diselematkan oleh Calypso seorang gadis, dengan memberi satu minuman tradisi nenek moyangnya.

Minuman tersebut telah membuatkan Sergei berubah menjadi manusia hebat dengan ciri-ciri pemangsa yang rakus memburu mangsa.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem Pulau Hantu

Mangsa yang dicari kebanyakan adalah pemburu haram yang membunuh haiwan semata-mata untuk kekayaan dan kuasa.

Sergei kerap memburu sang penjahat hingga hidupnya kini diburu oleh Rhino yang mahu meluaskan empayar dan mahu memusnahkan legasi Nikolai.

Walaupun Sergei tidak kisah akan empayar ayahnya, dia tetap berdepan dengan masalah sebaik adiknya diculik.

Bagaimana penghabisan filem ini, sudah semestinya anda patut menonton.

Secara dasarnya, filem ini mempamerkan plot yang menarik, namun tidak sempurna dengan pembinaan sesebuah watak dilihat begitu tergesa-gesa.

Walaupun terdapat kritikan kepada Imej Janaan Komputer (CGI), bagi saya tidaklah seteruk yang dilontarkan. CGI yang dipamerkan memuaskan, cukup untuk pembangunan penceritaan.

Kraven The Hunter tidak mempamerkan kesalinghubungan dengan filem Spider-Man, tidak hairanlah ia menjadi asbab mengapa segelintir penonton memberikan skala terendah.

Kontradiksi sebaik tayangan khas ini tamat, rata-rata penonton yang saya temui berpuas hati, walaupun tidak meletakkan skala yang tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Nasihat saya, jangan letakkan harapan tinggi sewaktu menonton, cukup untuk mengikuti perkembangan Marvel di bawah Sony.

Intihanya, Kraven the Hunter mempunyai plot menarik, namun tidak sempurna. Babak aksi antara kekuatan bagi filem ini, disamping semangat kekeluargaan antara Sergei dan adiknya.

Filem ini berjaya menterjemah akan penceritaan yang baik, walau terdapat sedikit kelemahan.

Jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam GSC berhampiran dengan anda.

Jika anda mahu merasai tayangan Kraven dalam format IMAX, saya galakkan anda menonton di IMAX Aurum Theatre The Exchange TRX pada hari Rabu pada harga RM55 termasuk makan, minum dan pengalaman menonton Ultra-mewah.

Rebut peluang keemasan ini oleh Aurum Theatre The Exchange TRX. Promosi ini terhad dalam tempoh terdekat sahaja.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ulasan Filem Pulau Hantu

Ulasan vivo X200 Pro Peranti Terbaik Tahun 2024