in ,

Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

Filem ini awalnya menarik minat saya yang ingin mengetahui tentang kelumpuhan tidur. Saya yakin, rata-rata dalam kalangan kita pernah hadapi masalah ini terutama saat badan terlalu penat.

Topik ini telah menimbulkan pelbagai pendebatan, sebilangan berpendapat ia berlaku secara saintifik dan ada beranggapan berpunca dari unsur-unsur mistik.

Filem ini telah membawa kita mengenali Beuno iaitu jin yang menyebabkan diri kita kelumpuhan tidur. Tania seorang atlit tenis beserta rakan-rakannya cuba untuk memanggil Beuno dengan mantra yang diketahui oleh rakannya.

Panggilan tersebut awalnya difikirkan sekadar gurauan, Tania mula diganggu dengan kematian demi kematian orang yang dia sayangi.

Tania hidup dengan kesenangan, namun hidupnya bersama ayah, ibu dan anak lelakinya seolah-olah porak peranda.

Awalnya Tania sudah biasa dengan keadaan tersebut sehinggalah Beuno datang mengganggu. Adakah Tania mampu menepis segala gangguan daripada Beuno, anda perlu tonton di pawagam TGV berhampiran.

Lagi artikel di ifon.my  Astro Shaw Memperkenalkan Filem Terbaharu Abah Saya Uncle Mike

Secara peribadi, plot penceritaan bagi saya agak kucar kacir tanpa diketahui apa matlamat sebenar Pengarah mahu membawa dalam filem Ketindihan.

Kegagalan mengasah sebaik-baiknya pelakon berbakat telah membuatkan perjalanan dari satu babak ke babak kurang menarik.

Filem ini awalnya berkenaan kelumpuhan tidur (sleep paralysis), kemudian fokus beralih kepada sukan tenis, kemudian perhubungan bersama Coki iaitu teman lelaki Tania, kemudian masalah ibu Tania yang obses dengan media sosial serta kecantikan dan pelbagai lagi babak yang bagi saya tidak dikembangkan sebaik-baiknya.

Satu kecacatan dalam filem ini adalah suasana gelap yang terlalu ketara hingga penonton tertanya apa yang berlaku dalam babak tersebut.

Tidak dinafikan, Pengarah cuba menimbulkan suasana sebenarnya. Namun, bila terlalu gelap segala yang dipersembahkan tidak akan sampai ke hati penonton.

Babak akhir juga dilihat agak janggal dengan situasi pertandingan tenis. Saya faham, Pengarah cuba untuk memberikan satu keadaan yang mengagumkan.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Malangnya, dengan babak sebelum ini yang penuh dengan kematian tidak dapat memberi mesej yang sempurna pada babak akhir.

Tahap keseraman saya letak pada skala 2/10, manakala keseluruhan penceritaan amat mendukacitakan.

Barangkali industri filem seram di negara seberang sudah ketandusan idea untuk menghasilkan sebuah filem berkualiti.

Ketindihan adalah satu tajuk yang menarik untuk dikembangkan. Malangnya tiada apa yang boleh dibanggakan saat tamat menonton filem ini.

Berdasarkan respon dari penonton yang menonton Tayangan Perdana, rata-rata kecewa dengan filem ini. Namun, amat tidak adil untuk saya katakan filem ini teruk secara keseluruhan.

Saya mengajak anda untuk menonton sendiri di pawagam TGV berhampiran.

Jutaan terima kasih kepada TGV sebagai penganjur utama Tayangan Perdana Ketindihan yang berlangsung pada 25 Februari di TGV Sunway Velocity.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Berbaloikah Membeli iPhone 16e?

Video Siar : One Cent Thief 2