in ,

Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

Setiap kali pelepasan iOS terbaharu ramai pengguna iPhone mula berdebat berhubung kaedah kemas kini iOS. Secara asasnya terdapat tiga kaedah dalam mengemaskini iOS iaitu:

  • OTA (Wi-Fi)
  • iTunes
  • iTunes + IPSW

Berdasarkan ketiga-tiga kaedah berkenaan, timbul khabar angin mengatakan kemas kini secara OTA memudaratkan iPhone dan pengguna wajib kemas kini iOS menggunakan iTunes. Hakikatnya tiada fakta atau jawapan yang tepat untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Bagi mengesahkan dawaan tersebut, satu undian telah dibuat melalui laman Twitter saya iaitu @XavierNaxa berhubung kaedah kemas kini yang dibuat oleh Pengguna iPhone semasa mengemaskini iOS 14.

Seramai 8,764 responden telah membuat undian dan 76% atau sekitar 6,661 responden telah memilih kaedah OTA untuk mengemaskini iOS 14 pada iPhone mereka.

Kebanyakan maklum balas yang dilontarkan oleh pengguna iPhone berhubung kemas kini melalui OTA adalah sangat positif. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah sepanjang kemas kini iOS secara OTA.

Lagi artikel di ifon.my  Pelancaran iOS 14

Kali pertama kemas kini secara OTA diperkenalkan ketika pelancaran iOS 5 oleh Scott Forstall, sebelum ini pengguna iPhone diwajibkan untuk mengemaskini iOS melalui iTunes. Sejak daripada itu Apple terus mengekalkan fungsi tersebut sehingga kini.

maxresdefault

Kemas kini secara OTA hakikatnya selamat, namun kita perlu waspada jika iPhone kita dalam ketegori berikut:

  • Terpakai
  • Refurbished yang tidak disahkan
  • Komponen tiruan
  • Isu pada komponen seperti LCD, Touch ID, Face ID dan lain-lain

Jika iPhone kita tersenarai dalam kategori di atas, saya menasihatkan supaya berhati-hati semasa kemas kini tidak kira OTA atau iTunes.

Konklusinya, kemas kini secara OTA hakikatnya tidak mempunyai sebarang masalah, namun saya tidak boleh nafikan terdapat segelintir pengguna menghadapi masalah sebaik kemas kini OTA. Jika iPhone kita mengalami masalah, sila kemas kini melalui iTunes bagi mengesahkan bahawa isu tersebut bukan berkait dengan iOS.

Lagi artikel di ifon.my  2021, Tahun Bagi iPhone Siri-S

Pengguna iPhone juga perlu membezakan masalah iOS dengan aplikasi ketiga. Jika aplikasi ketiga mengalami masalah seperti PUBG, Facebook, Twitter dan lain-lain, kita perlu menunggu pihak ketiga mengemaskini aplikasi tersebut supaya sepadan dengan iOS 14.

Namun jika kita seorang sahaja terkesan, sila buang aplikasi tersebut, dan pasang kembali. Jika sama, kita perlu kemas kini sekali lagi menggunakan iTunes bagi membuang sebarang fail cache yang menyebab isu pada aplikasi ketiga.

Kemas kini OTA hakikatnya tiada masalah, namun memang tidak dinafikan terdapat segelintir pengguna menghadapi masalah sebaik kemas kini. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ia berpunca dari OTA, mungkin isu lain yang menyebabkan ia berlaku sedemikian.

 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPad Air Mendapat Kelulusan Bagi Jualan Di Malaysia

Ramalan Harga iPhone 12