in

A Complete Unknown: Hadiah Buat Peminat Bob Dylan

Filem ini merupakan sebuah biopik yang menzahirkan kehidupan legenda Bob Dylan seorang pemuzik lagu rakyat (folk).Timothée Chalamet bertindak sebagai watak utama dan filem ini berkisar tahun 1960-an sewaktu awal beliau mencipta nama.

Kehadiran Bob Dylan ke bandar New York dengan berbekalkan sebauh gitar mengharapkan dapat berjumpa bintang kesukaannya iaitu Woody Guthrie.Pertemuan Bob Dylan dengan Woody Guthrie serta Pete Seeger telah membuka lembaran baharu baginya.

Alunan gesekan gitar serta suara Bob Dylan telah memikat hati orang yang mendengarnya.Sejak itu, Pete Seeger berusaha menggilap bakat Bob Dylan hingga mendapat tempat di hari masyarakat.

Kejayaan tidak datang tanpa cabaran. Bob Dylan berdepan dengan tekanan media, kritikan daripada pemuzik tradisional, serta konflik peribadi, malah mencetuskan kontroversi dengan mentransformasi muzik akustik kepada elektrik sekali gus mengejutkan peminat setianya.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem Pulau Hantu

Secara peribadi, filem ini telah memberi cabaran lebih besar kepada Timothée Chalamet dan dia berjaya memberikan persembahan luar biasa sebagai Bob Dylan.Pengarah juga berjaya membawa filem ini di tahun 1960-an yang pasti memberi kenangan sentimental kepada penggemarnya.

Walau bagaimanapun, saya boleh katakan filem ini sangat perlahan dari awal hingga akhir.Namun, apa yang diharapkan bagi sebuah filem biopik. Banyak pengajaran yang boleh diambil termasuk sikap-sikap Bob Dylan yang boleh dijauhkan.

A Complete Unknown, saya anggap sebuah penghormatan kepada Bob Dylan dalam dunia muzik.Filem ini sesuai ditonton oleh peminat Bob Dylan untuk mengetahui tentang kehidupannya. Lakonan Timothée Chalamet juga boleh dianggap nyawa bagi filem ini.

Lagi artikel di ifon.my  Bisikan Dosa Penuh Kejutan

Jangan lepaskan peluang untuk menonton A Complete Unknown di Aurum Theatre atau pawagam GSC berhampiran dengan anda.Bawa ayah dan ibu anda sekiranya mereka peminat Bob Dylan, saya percaya filem ini bakal menggamit kenangan manis sewaktu mereka muda.

Skala: 6.8/10

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Video Siar : One Cent Thief 2

MacBook Air (M4) Dilancarkan Minggu Ini?