in , , ,

Filem Destination Bloodlines : Filem Paling Ngeri Tahun 2025?

Filem keenam dalam francais Final Destination, yang menyusul selepas Final Destination 5 (2011), mengekalkan elemen ngeri yang membuat penonton tidak senang duduk sepanjang tayangan.

Saya tidak akan menyentuh tentang jalan ceritanya, sama seperti treler rasmi, yang bijak menyembunyikan plot sebenar untuk mengekalkan elemen kejutan.

Permulaan penceritaan, kita sudah dihujani babak-babak mencemaskan yang mempunyai kaitan erat dengan keseluruhan penceritaan.

Seperti biasa, filem ini memaparkan bagaimana maut ‘menjemput’ mangsanya. Pelbagai adegan kematian ditampilkan dari kepala berkecai, badan hancur, kulit disiat, dan banyak lagi yang membuatkan anda menggigit jari.

Ada penonton yang menonton di pawagam BIG terpaksa menutup mata dan menjerit kecil, tidak sanggup melihat adegan-adegan sadis yang disajikan.

Lagi artikel di ifon.my  Telaga Suriram : Mengangkat Watak Maimon Yang Dilakonkan Oleh Nabila Huda

Persoalannya adakah semua mangsa berjaya melepaskan diri dari cengkaman ajal? Itu anda sendiri perlu saksikan.

Tidak dapat dinafikan, Final Destination terus mengukuhkan reputasinya sebagai francais filem ngeri yang ikonik.

Pun begitu, filem ini tidak terlepas daripada beberapa kelemahan, antaranya babak di menara tinggi yang jelas memperlihatkan kesan CGI kurang kemas dan cara kematian yang agak sukar diterima akal.

Namun begitu, jika kita tinggalkan logik di luar pawagam, pengalaman menonton filem ini tetap menghiburkan dan mendebarkan.

Saya boleh sahkan, tiada potongan babak dalam Final Destination Bloodlines. Cuma sedikit mengecewakan kerana ia tidak ditayangkan dalam format IMAX.

Walau bagaimanapun, alternatif terbaik adalah menontonnya di pawagam BIG yang menawarkan skrin gergasi bersaiz lebih 20 meter lebar dan 10.8 meter tinggi, disokong projektor laser 4K serta bunyi imersif Dolby Atmos 32 saluran, kombinasi yang pasti menggandakan pengalaman ngeri anda.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Final Destination Bloodlines bakal menemui penonton bermula 15 Mei 2025 di pawagam seluruh negara. Filem ini ditetapkan untuk tontonan 18 tahun ke atas wajib tonton bagi peminat tegar genre ngeri dan seram.

Skor : 7.8/10 (78%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Telaga Suriram : Mengangkat Watak Maimon Yang Dilakonkan Oleh Nabila Huda

Until Dawn : Filem Ngeri Mendebarkan