in ,

How to Train Your Dragon : Aksi Langsung Berbaloi Ditonton

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON, from left: Toothless the Night Fury dragon, Mason Thames, 2025. © DreamWorks / © Universal Pictures /Courtesy Everett Collection

Apabila diumumkan bahawa “How to Train Your Dragon” akan diadaptasi semula daripada filem animasi kepada versi aksi langsung, saya tidak meletakkan harapan tinggi.

Dunia penuh magis yang dicipta dalam versi asal sukar untuk ditandingi, apatah lagi selepas 15 tahun sejak ia mula ditayangkan.

Embuh-embuhan begitu, selepas hampir dua jam menonton versi terbaharu ini, saya akui tanggapan awal meleset sama sekali.

Kisah persahabatan luar biasa antara seorang remaja Viking bernama Hiccup dan seekor naga bernama Toothless kembali dihidupkan, kali ini dengan pendekatan lebih realistik, menyentuh hati serta penuh emosi.

Cerita bermula di Pulau Berk, sebuah perkampungan yang sering diserang naga. Hiccup, anak kepada ketua kampung, sering dilihat sebagai lemah dan tidak layak menjadi seorang pahlawan.

Namun, kehidupannya berubah apabila dia berjaya menembak jatuh seekor Night Fury spesies naga paling ditakuti.

Niat asalnya untuk membunuh naga itu bertukar apabila dia melepaskannya. Dari situlah, hubungan antara Hiccup dan Night Fury mula terjalin, membina kepercayaan dan persahabatan yang tulus.

Melalui hubungan istimewa ini, Hiccup mula sedar bahawa naga bukanlah musuh seperti yang disangka. Sebaliknya, manusia dan naga sebenarnya boleh hidup bersama secara harmoni.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem Pulau Hantu

Namun, apabila rahsianya terbongkar, Hiccup berdepan dilema besar antara kesetiaan terhadap kaumnya atau memperjuangkan kebenaran bersama sahabat barunya.

Dari segi visual, penggunaan Imej Janaan Komputer (CGI) memang mengagumkan. Reka bentuk setiap naga kelihatan sangat teliti dan realistik, memberikan nafas baharu kepada dunia Berk.

Seperti dijangka, Toothless sekali lagi mencuri tumpuan. Keletahnya yang lucu serta ekspresi wajah yang penuh perasaan baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Watak Hiccup yang dibawakan oleh Mason Thames juga tidak mengecewakan. Perjalanan karakternya daripada seorang remaja serba kekok kepada pemimpin yang berani dan bijak dipersembahkan dengan penuh meyakinkan.

Watak-watak sampingan pula berjaya memperkukuh penceritaan serta menambah warna kepada dunia yang dibina.

Runut bunyi turut memainkan peranan besar dalam menyampaikan emosi. Irama yang lembut dan mendayu mengiringi detik-detik hiba, manakala muzik rancak menyemarakkan babak aksi.

Gabungan ini menjadikan pengalaman menonton lebih hidup dan berkesan.Walau bagaimanapun, jalan cerita pada bahagian awal dan pertengahan agak perlahan. Penekanan kepada pembinaan latar dan pengenalan watak mungkin terasa sedikit membosankan kepada sesetengah penonton.

Lagi artikel di ifon.my  Novocaine : Sebuah Penceritaan Sinematik Mendebarkan Jiwa

Namun begitu, segalanya berubah apabila memasuki babak ketiga penuh debaran dan emosi yang mendalam, menjadikan pengakhirannya sangat memuaskan.

Saya berpeluang menonton tayangan perdana filem ini pada 1 Jun lalu di GSC Mid Valley Megamall, atas jemputan pihak GSC dan United International Pictures Malaysia. Suasana malam itu cukup meriah dan penuh keterujaan, dengan maklum balas positif daripada para penonton.

Saya sendiri memberikan skor yang tinggi, terutama atas keberanian membawa animasi ikonik ini ke dunia nyata dengan hasil yang memberangsangkan.Untuk anda yang ingin menyaksikannya sendiri, filem ini akan mula ditayangkan lebih awal di pawagam terpilih bermula 7 Jun, manakala tayangan rasmi di seluruh negara akan bermula pada 12 Jun.

Oh ya. Kami juga akan mengadakan acara Giveaway khas pada 4 Jun ini, bertempat di lokasi yang sama. Jumpa anda di sana.

Skor : 8/10 (80%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kempen The Golden Ticket Kembali Lagi di Alamanda Putrajaya!

Mencari Pelan Wi-Fi Rumah Pantas tanpa had serta Penghala Gred-Gamer?