in

Raise The Star Malaysia : 10 Peserta Tersingkir, 20 Bakal Berentap di Minggu Kedua

SHAH ALAM, 21 Jun – Program realiti nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia membuka tirainya dengan penuh meriah apabila bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam.

Dikendalikan oleh gandingan hos popular, Alif Satar dan Sherry Alhadad, rancangan ini tampil dengan konsep unik yang memberikan 80% kuasa pemarkahan kepada barisan juri profesional berpengalaman dalam bidang penciptaan lagu.

Barisan juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada nama-nama besar industri muzik tanah air iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audik Mok dan Aina Abdul.

Namun begitu, pada minggu pertama, Aina Abdul tidak dapat turut serta kerana berada di Paris atas urusan kerja. Tempatnya digantikan sementara oleh Tomok yang turut membawa aura tersendiri ke pentas pertandingan.

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: Program Realiti Dari Lensa Komposer Tempatan

Sebanyak 30 pasangan peserta tampil dengan persembahan mantap dan penuh bertenaga. Lagu-lagu yang dipersembahkan pula terdiri daripada pelbagai genre dan era, termasuk Beautiful Things (Benson Boone), Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy), Seluruh Cinta (DCT & Cakra Khan), Just Give Me A Reason (Pink & Nate Ruess), serta lagu rock ikonik Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search).

Namun seperti lumrah dalam mana-mana pertandingan, ada yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal.

Seramai 10 peserta diumumkan tersingkir pada minggu pertama iaitu Iqmal, Azren, Bella, Aiman Hakim, Amir, Halida Ramlee, Erika Foo, Wanss Ahmad dan Syahera.

Persembahan mereka walau penuh semangat, tidak berjaya menambat hati juri untuk melayakkan diri ke minggu seterusnya.

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: Program Realiti Dari Lensa Komposer Tempatan

Antara pasangan yang berjaya mencuri perhatian juri dan penonton termasuklah Aliff Amie x Rayme dengan lagu Beautiful Things, serta Scha Nuril x Hariz Fayahet yang membawakan lagu Haram dengan penuh penghayatan.

Raise The Star Malaysia akan meneruskan saingan ke minggu kedua dengan hanya tinggal 20 peserta. Cabaran bakal menjadi lebih sukar, namun menjanjikan persembahan yang lebih hebat.

Rancangan ini boleh ditonton secara langsung setiap minggu di saluran Astro Ria.

Nantikan siapa pula yang akan terus bersinar, dan siapa yang bakal kecundang di pentas Raise The Star Malaysia.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mencari Ramlee : Sebuah Penghormatan Ikhlas buat Lagenda