in

Raise The Star Malaysia: Zuana Menang Gempak Star on Fire, Semua 10 Peserta Mara ke Peringkat Akhir

Minggu ketujuh Raise The Star Malaysia melabuhkan tirainya dengan penuh gaya menerusi tema “MASTERthePIECES”, di mana 10 peserta diberi cabaran untuk menggabungkan dua lagu menjadi satu persembahan mash-up yang kreatif dan luar biasa.

Antara persembahan yang mencuri perhatian juri dan penonton ialah daripada Zury, yang tampil berani dengan gabungan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain) dan Welcome to the Black Parade (My Chemical Romance).

Persembahan bertenaganya yang menggabungkan emosi dan semangat rock berjaya memberikan impak tersendiri di atas pentas.

Namun yang paling menyerlah malam itu ialah Zuana, yang dinobatkan sebagai Gempak Star on Fire minggu ketujuh menerusi persembahan menyentuh hati dengan lagu Kasih (Hetty Koes Endang) dan Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (Broery Marantika & Dewi Yull).

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia : 10 Peserta Tersingkir, 20 Bakal Berentap di Minggu Kedua

Kejutan besar turut diumumkan kesemua 10 peserta layak mara ke peringkat akhir. Tiada penyingkiran dilakukan, menjadikan pentas akhir nanti lebih sengit dan mendebarkan.

Berikut peserta yang akan ke pentas akhir beserta lagu mash-up mereka:

Aliff Amie: Patah Seribu (Shila Amzah), Glimpse of Us (Joji)

Aril Eles: Jealous (Labrinth), Writing’s On The Wall (Sam Smith)

Didie Shazry: Cantik (Kahitna), Putri Iklan (ST12)

Hariz Fayahet: Imaji (Aina Abdul), Believer (Imagine Dragons)

Keka: Training Season (Dua Lipa), Don’t Stop The Music (Rihanna)

Pasya: Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah), Bukan Yang Pertama (Faizal Tahir)

Rayme: Hey Jude, Let It Be (The Beatles)

Sharee Lopes: It’s A Man’s Man’s Man’s World (James Brown), Feeling Good (Nina Simone)

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: Program Realiti Dari Lensa Komposer Tempatan

Zury: Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain), Welcome to the Black Parade (My Chemical Romance)

Zuana (pemenang Gempak Star on Fire minggu ketujuh) : Kasih, Jangan Ada Dusta Di Antara Kita

Finale sudah hampir. Siapakah yang bakal bergelar juara Raise The Star Malaysia? Nantikan persembahan yang dijangka paling epik dalam musim ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Podcast : Abah Saya Uncle Mike, Kisah Benar Tentang Semangat Kebangsaan Yang Menyentuh Hati