in

Sofia Iman dan Suria KLCC Meriahkan Pembukaan KL Fashion Week 2025 dengan Sentuhan Warisan Malaysia yang Mengagumkan

Kuala Lumpur, 6 Ogos 2025 – Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 dibuka dengan penuh gemilang apabila jenama fesyen Sofia Iman berganding bahu bersama Suria KLCC dalam sebuah pertunjukan istimewa yang meraikan keindahan warisan Malaysia.

Bertemakan “Heritage Reimagined, Style Redefined”, pertunjukan yang berlangsung pada 4 Ogos itu mempersembahkan koleksi yang memukau lebih 500 tetamu, menyatukan elemen tradisi dan gaya kontemporari dalam satu pentas bergaya.

Acara pembukaan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran figura penting industri seperti Pengasas KLFW, Encik Andrew Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany.

Suasana lebih bermakna apabila ramai tetamu tampil anggun mengenakan busana berunsurkan songket dan batik sejajar dengan semangat menghargai tekstil tradisional tanah air.

Koleksi Sofia Iman kali ini menyerlahkan hasil kreativiti lapan pereka tempatan ternama ABU, Ashley @ Kapas, Atelier Prive Melson, FUZA by Fuzana Mokhtaza, Jimmy Lim, Jimmy Wong, TANGOO dan Uzair Shoid.

Setiap rekaan memberi penghormatan kepada kemahiran luar biasa para penenun songket dari Terengganu, yang menghasilkan fabrik eksklusif untuk koleksi ini.

Lagi artikel di ifon.my  Suria KLCC Menyambut Kemeriahan Hari Raya Melalui Keindahan Istana Maghribi

Melalui gabungan teknik kraf tangan dan potongan moden, Sofia Iman membawa mesej bahawa songket bukan sekadar lambang tradisi, tetapi mampu menjadi pernyataan fesyen global.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Kerjasama bersama Sofia Iman sempena KLFW 2025 mencerminkan komitmen kami terhadap pembangunan bakat tempatan dan pemeliharaan budaya Malaysia.

Melihat Sofia Iman yang dahulunya bermula di ruang promosi kecil Suria KLCC pada 2008, kini berdiri megah membuka tirai KLFW itu satu detik bersejarah buat kami.

Ia melambangkan kejayaan, kepercayaan, dan impian yang dikongsi bersama.”Beliau turut menegaskan peranan Suria KLCC sebagai destinasi beli-belah berprestij negara, “Melalui ‘Suria KLCC presents Sofia Iman’, kami bukan sekadar meraikan fesyen, tetapi juga mengangkat warisan dan kreativiti Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kami mahu terus menjadi landasan bagi pereka tempatan berkarya dan memperlihatkan inovasi dalam warisan kita. Kami juga teruja menyambut kehadiran pasangan pereka terkenal Rizman Ruzaini, yang bakal membuka butik mereka di Suria KLCC pada suku ketiga tahun ini.”

Lagi artikel di ifon.my  The Golden Ticket Kembali. Rebut Peluang Menang e-Baucar Sehingga RM10,000

Bagi Puan Faralina Binti Abdul Wahab, pengasas Sofia Iman, peluang menjadi pembuka tirai KLFW 2025 adalah satu pengiktirafan bermakna terhadap misi jenama tersebut. “Pertunjukan ini adalah kemuncak dedikasi bertahun-tahun kami dalam memperkasakan seni kraf tempatan dengan sentuhan moden.

Kehadiran kami di Suria KLCC membuktikan bahawa rekaan berinspirasikan songket kini mendapat tempat dalam kehidupan seharian. Koleksi ini adalah refleksi permintaan pelanggan, dan pentas KLFW 2025 memberikan kami peluang untuk menceritakan kisah kami kepada dunia.”

Pertunjukan pembukaan ini bukan sahaja mencipta momentum luar biasa untuk KLFW 2025, malah menetapkan standard tinggi buat lebih 55 pereka dan jenama tempatan yang bakal tampil sepanjang minggu fesyen paling berprestij negara ini menyemarakkan identiti dan inovasi Malaysia dalam dunia fesyen.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Bad Guys 2 : Animasi “Underdog” Yang Buat Penonton Tertawa

Indera : Naskhah Seram Penuh Misteri