in ,

Didie Shazly Juara Raise The Star Malaysia Musim Pertama

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2025 – Malam kemuncak Raise The Star Malaysia berlangsung penuh meriah dan sarat emosi, dengan gandingan pengacara hebat Sherry Alhadad dan Alif Satar yang menghidupkan suasana di pentas akhir.

Pertandingan bermula dengan 10 finalis, namun format baharu yang diperkenalkan menjadikan persaingan lebih sengit.

Setiap juri yang juga merupakan komposer terkenal memilih dua peserta kegemaran mereka, namun hanya seorang layak mara ke peringkat seterusnya. Hasilnya, terbentuklah The Grand Five, manakala lima lagi peserta terpaksa mengucapkan selamat tinggal.

Barisan The Grand Five beserta lagu baharu ciptaan khas komposer adalah:

Ikhwan Fatanah – Hariz FayahEt (Lara Bertahan)

Shila Amzah – Keka (Cinta Dusta)

Lagi artikel di ifon.my  Astro Umum Musim Baharu Kilauan Emas 2025, Tampil Lebih Segar dan Inklusif

Audi Mok – Rayme (Gergasi)

Ajai – Zuana (Hantaran Cinta)

Aina Abdul – Didie Shazry (Peganglah Hati)

Malam ini turut menyaksikan beberapa anugerah sampingan. Gempak Star on Fire terakhir menjadi milik Zury, manakala U Mobile Unbeatable Star yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dimenangi oleh Pasya.

Keputusan penuh pertandingan:

Tempat Kelima – Keka: RM5,000 + trofi

Tempat Keempat – Hariz FayahEt: RM5,000 + trofi

Tempat Ketiga – Rayme: RM10,000 + trofi

Naib Juara – Zuana: RM20,000 + trofi

Juara – Didie Shazry: RM30,000 + trofi

Dengan kemenangan ini, Didie Shazry bukan sahaja membuktikan kehebatan vokalnya, malah menutup tirai Raise The Star Malaysia musim ini dengan penuh gemilang.

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: Zuana Menang Gempak Star on Fire, Semua 10 Peserta Mara ke Peringkat Akhir

Lagu baharunya, Peganglah Hati, menjadi simbol kejayaan yang diraikan bersama sorakan peminat di seluruh negara.Pentas akhir ini pastinya akan dikenang sebagai salah satu momen paling bersejarah dalam dunia hiburan tempatan penuh dengan bakat, emosi, dan kejutan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Konsert Akhir Raise The Star Malaysia, Debaran Kian Terasa

Angkat : Penzahiran Komedi Gelap Penuh Makna