in , ,

Siri Masih Berstatus Beta Dalam iOS 27, Apple Dilihat Tidak Mahu Terburu-buru

Walaupun Apple dijangka memperkenalkan pelbagai peningkatan kecerdasan buatan menerusi iOS 27, laporan terbaharu mendedahkan bahawa Siri masih dilabelkan sebagai “Beta” secara dalaman.

Menurut laporan yang dipetik daripada wartawan Bloomberg, Mark Gurman, Apple dilihat masih berhati-hati sebelum mengangkat Siri generasi baharu sebagai produk yang benar-benar matang.

Langkah ini sebenarnya tidak mengejutkan. Sejak Apple Intelligence diperkenalkan, Siri sering menjadi tumpuan kerana syarikat itu mahu memastikan pengalaman yang ditawarkan benar-benar konsisten dan boleh dipercayai.

Dalam era AI yang semakin kompetitif, kesilapan kecil boleh memberi dampak besar kepada citra sesebuah produk.

Bagi saya, pendekatan ini lebih baik daripada melancarkan ciri yang belum benar-benar siap. Pengguna hari ini bukan sekadar mahukan pembantu maya yang pantas, tetapi juga mampu memahami konteks, memberi jawapan yang tepat dan berfungsi secara konsisten.

Jika Siri masih memerlukan label Beta, ia menunjukkan Apple sedar masih ada ruang penambahbaikan sebelum visi AI mereka dapat direalisasikan sepenuhnya.

Lagi artikel di ifon.my  Spesifikasi Pixel 3 XL Tertiris

Arakian, selepas beberapa tahun Apple dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI, iOS 27 mungkin menjadi titik penting untuk menentukan sama ada Siri mampu kembali menjadi antara pembantu digital terbaik di marcapada atau sekadar terus mengejar pesaing yang sudah jauh ke hadapan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 27 Mungkin Membawa Hayat Bateri iPhone Yang Lebih Baik

macOS 27 Mungkin Merealisasikan Dua Impian Pengguna Mac