in ,

Harga Petrol dan Diesel Turun 10 Sen, RON97 Kini RM4.00 Seliter

Seperti diketahui, kerajaan mengumumkan pelarasan harga runcit petroleum bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai 2026.

Pelarasan ini dibuat bagi menyelaraskan tempoh penetapan harga baharu dengan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula hari ini. Menerusi pengumuman tersebut, kebanyakan harga bahan api mencatatkan penurunan sebanyak 10 sen seliter.

RON97 kini dijual pada harga RM4.00 seliter, turun daripada RM4.10 sebelum ini. RON95 tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM3.37 seliter, turut mencatatkan penurunan sebanyak 10 sen berbanding minggu lalu.

Kendatipun begitu, tiada perubahan melibatkan harga bahan api bersubsidi. RON95 Bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter, manakala Petrol Bersubsidi (SKPS) terus dijual pada harga RM2.05 seliter.

Lagi artikel di ifon.my  Agama Bukan Alat Politik, Tetapi Asas Penyatuan Negara

Bagi diesel pula, harga pasaran diturunkan kepada RM3.97 seliter. Hatta, Diesel Bersubsidi (SKDS) masih dikekalkan pada RM2.15 seliter, manakala skim BUDI Diesel ditawarkan pada harga RM2.10 seliter kepada penerima yang layak.

Walakin begitu, kerajaan menegaskan pendekatan berhemah akan terus dilaksanakan bagi mengimbangi kesan turun naik harga minyak di pasaran global.

Pada masa yang sama, langkah ini turut memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara tanpa menjejaskan jaminan bekalan bahan api negara.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

U Mobile Buka Lembaran Baharu, Pelanggan Kini Beralih Sepenuhnya Ke ULTRA5G

Hide My Email Apple Didakwa Masih Mempunyai Kelemahan Walaupun Pembaikan Telah Dilaksanakan