in

Mutiny: Aksi Ringkas yang Tidak Melereh

Mutiny mengisahkan Cole Reed (Jason Statham), bekas anggota Pasukan Khas dan bekas pegawai polis New York yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi.

Segalanya berubah apabila majikannya, seorang jutawan Thailand bernama Tibu, dibunuh di hadapan Cole. Lebih buruk, Cole pula dituduh bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.

Bagi membersihkan namanya dan mencari dalang sebenar, Cole menaiki sebuah kapal kargo lalu memburu mereka yang berada di sebalik pembunuhan itu.

Namun, siasatannya membawa kepada sebuah konspirasi antarabangsa yang jauh lebih besar daripada apa yang disangkakannya. Mutiny merupakan sebuah filem aksi yang mungkin boleh menjadi salah satu pilihan tontonan anda pada bulan ini.

Secara peribadi, jalan cerita filem ini tidak terlalu kompleks atau meleret. Jika anda sudah biasa mengikuti filem lakonan Jason Statham, corak penceritaannya juga bukan sesuatu yang terlalu asing. Dengan menjadikan kapal sebagai fokus utama, filem ini terasa lebih terarah dan mudah untuk dihayati.

Lagi artikel di ifon.my  402 Rumah Sakit Angker Korea: Remake Yang Masih Dibayangi Kehebatan Gonjiam

Ruang penceritaan yang terhad membantu konflik berkembang dengan lebih jelas tanpa terlalu banyak cabang yang mengganggu perjalanan cerita.

Filem ini turut mempunyai beberapa putar belit plot, namun tidak semuanya begitu ketara. Bagi saya, Mutiny lebih kepada sebuah filem aksi yang santai dan mudah difahami.

Ia tidak cuba menjadi terlalu berat, sebaliknya memberikan penonton apa yang mereka datang untuk nikmati.

Babak pergaduhan serta beberapa adegan ngeri menjadi antara juadah utama filem ini. Bagi peminat filem aksi Jason Statham, elemen tersebut sememangnya cukup untuk menjadikan Mutiny sebuah tontonan yang menghiburkan.

Secara keseluruhannya, Mutiny bukanlah filem yang menawarkan penceritaan luar biasa, tetapi ia berjaya memberikan pengalaman aksi yang ringkas, padat dan tidak membebankan penonton.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Skor: 7/10 (70%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

realme C100x Kini di Malaysia dengan Bateri 8,000mAh