in ,

iPhone X Ibarat iPhone 2G & iPad Generasi Pertama

Jika anda seorang pengguna iPhone X saya ucapkan tahniah kerana menjadi salah seorang pemilik sebuah telefon pintar yang termahal di Malaysia.

Memang di akui iPhone X tidaklah iPhone paling mahal di dunia memandangkan masih banyak jenama lain seperti Vertu dan versi Special Edition bagi sesebuah jenama.

Namun, iPhone X bukanlah iPhone yang eksklusif. Ia hanya setaraf telefon flagship yang lain sahaja.Apa yang membezakan dengan model lain ialah skrin OLED dan Face ID.

Saya bukanlah mahu menceritakan mengenai peranti ini memandangkan telah banyak penulisan saya berkaitan iPhone X.Cuma saya terpanggil untuk menulis apabila melihat harga iPhone X yang pada mulanya berharga RM5149 sekarang telah susut sehingga RM400 hingga RM500 dari harga pasaran sebenar.

Walaupun harga rasmi masih sama. Saya melihat banyak kedai-kedai telah mula menawarkan iPhone X dengan harga yang sangat rendah.Dengan penurunan harga ini, ia akan memberi kesan yang besar pada harga set terpakai yang boleh saya katakan akan dijual pada harga yang sangat rendah.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS Dan iPhone XS Max Mengalami Penurunan Di China Akibat Tekanan Jualan Yang Lemah

Tinggal lebih kurang 5 bulan sahaja lagi Apple bakal memperkenalkan iPhone X generasi baru.Sudah tentu bagi sesetengah peminat iPhone akan berusaha untuk mendapatkan model terkini.

Secara kebiasaannya mereka akan menjual peranti sedia ada dan menambah sedikit duit untuk menampung harga sebenar peranti.Namun, adakah penjualan iPhone X set terpakai mampu dijual pada harga tinggi?

Jawapan saya adalah tidak sama sekali. Ini disebabkan oleh harga rasmi Apple dijual pada harga 5 ribu. Agak mustahil untuk anda menjual sekitar 4 ribu ringgit.

Saya boleh bayangkan harga iPhone X terpakai akan berlegar sekitar RM3500 hingga RM3900 bagi versi 64GB.Terdapat ura-ura bahawa Apple akan menurunkan harga iPhone X baru mereka memandangkan mereka bakal melancarkan tiga variasi model baharu bagi iPhone.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memaksa Pengguna Kemas kini iOS 15?

Natijahnya anda yang mahu mengikut tred semasa terpaksa menanggung kerugian yang amat besar dek kerana ingin menjadi salah seorang pengguna setia iPhone.Tidak keberatan jika saya katakan iPhone X adalah sebuah iPhone 2G dan iPad First Generation. Kedua-dua model ini nampak hebat dan gagah suatu masa dulu.

Namun, ia tidak dipandang tinggi berbanding iPad 2 dan iPhone 3G.

Bagi pengguna yang ingin membeli iPhone X dalam masa terdekat. Nasihat saya jika iPhone anda masih baik. Adalah lebih baik anda menunggu iPhone X keluaran terbaru dari Apple pada bulan September kelak.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Banteras Sindiket Penipuan Penjualan iPhone Di IG Shop dan Kedai Bukan AAR

Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori