in ,

Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit kisah yang sebelum ini pernah saya siarkan diruangan komen. Hakikatnya kes penipuan dari penjual iPhone bukanlah satu isu baharu, saya telah menerima aduan hampir setiap hari.

Kes pembelian iPhone dan aksesori tiruan ini telah menjadi satu topik hangat di laman Twitter saya. Kebanyakkan kes ini berlaku pada kaum hawa yang tidak membuat sebarang kajian terlebih dahulu sebelum membelinya.

Gambar yang saya muatnaik ini adalahh perbualan antara seorang mangsa dan penjual iPhone di sebuah negeri di Malaysia.

Saya akui bahawa kita tidak boleh menyalahkan penjual 100%, namun penjual harus mempunyai perasaan yang ikhlas semasa proses jual beli berlaku. Gambar yang saya muatnaik ini hakikatnya berlaku beberapa minggu lepas di mana beliau ingin mengetahui status keaslian iPhone yang dibeli oleh beliau.

Umum mengetahui bahawa Pusat Servis Apple mempunyai polisi serta prosedur yang ketat. Sekiranya anda ingin menukar bateri yang berharga RM121.00, iPhone anda haruslah bebas dari sebarang komponen tiruan serta ia tidak pernah dibuka oleh mana-mana kedai yang bukan ASP.

Lagi artikel di ifon.my  Penganalisis Tersilap Jangka Harga iPhone 9, iPhone X dan iPhone XS Max

Oleh itu, sekiranya anda membeli iPhone selain wakil jualan Apple yang sah (AAR) kebarangkalian anda mendapat iPhone yang mempunyai komponen tiruan adalah tinggi. Keburukan pemakaian komponen tiruan ini telah banyak saya tulis namun masih ramai di kalangan anda tetap menghantar ke kedai biasa atas faktor harga.

Saya akui bahawa ASP menawarkan harga yang agak premium berbanding kedai biasa. Namun anda harus sedar bahawa iOS hanya mampu beroperasi secara optimum sekiranya anda memakai komponen asli.

Berbalik kepada gambar yang saya muatnaik ini, berdasarkan perbualan jelas menunjukkan bahawa penjual cuba untuk meyakinkan pembeli bahawa iPhone yang mereka jual adalah asli. Hakikatnya Apple tidak pernah menjual iPhone 6 (RED), namun disebabkan pembeli tidak mempunyai ilmu yang cukup, beliau sangat mudah dipengaruhi.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menyambut Ulang Tahun iMac Kali Ke-20

Bukan semua penjual mempunyai sikap sedemikian, namun kebanyakkanya suka mengambil peluang di atas kelemahan seseorang. Sebelum ini juga terdapat laporan di mana pengguna telah terbeli iPhone Telco Lock, akibatnya pembeli tersebut tidak dapat menggunakan iPhone terbabit walaupun ia baru sahaja dibeli.

Sikap lepas tangan penjual terutama di IG Shop menyebabkan mereka terus bermaharajalela. Memang diakui bahawa terlalu banyak untuk dipelajari berhubung selok belok membeli iPhone. Oleh itu, bawalah kawan yang mempunyai pengetahuan yang lebih untuk menolong anda semasa membeli.

Antara kes yang sering berlaku antaranya:
1- iPhone Lock Set (RSIM)
2- iPhone Refurbished (fake)
3- iPhone Telco Lock
4- Kabel Lighting (Foxconn)

Konklusinya, anda harus berhati-hati semasa membeli barangan di kedai yang bukan AAR. Tidak salah membeli diluar, namun anda harus mempunyai sedikit ilmu berkaitan jual beli ini.

SEKADAR NASIHAT

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone X Ibarat iPhone 2G & iPad Generasi Pertama

Memilih iOS atau Android Sama Seperti Memilih Coke atau Pepsi