Processed with VSCO with j5 preset
in , ,

Michael Kors Melancarkan Jam Pintar Baharu.

Tentu dikalangan anda mengenali jenama Michael Kors ini yang mana butik beliau berada di Malaysia.

Michael Kors juga antara jenama yang menghasilkan jam pintar yang menyokong Wear OS dari Android. Sebelum ini beberapa model telah hadir di pasaran dan terkini pihak mereka telah memperkenal jam pintar baru dengan spesifikasi yang menarik.

Jam pintar ini hadir dengan skrin 1.2-inci 390 x 390 dengan sokongan GPS dan NFC terbina dan menyokong Google Pay. Selain itu, jam pintar ini menjanjikan 3 ATM kalis air yang membolehkan pengguna menggunakanya sewaktu berenang.

Dari segi jangka hayat bateri, jam pintar ini menjanjikan tahap pengguna seharian. Jam pintar ini bakal dijual di pasaran pada tanda harga USD290 hingga USD450.

Lagi artikel di ifon.my  Laman Jualan Apple Ditutup Sementara Bagi Pengenalan Produk Baharu?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?

Apple AirPower Bakal Dijual Pada Penghujung September ini.