Kurang beberapa jam iOS 12 BETA 7 dilepaskan kepada Pembangun Perisian. Satu aduan telah dilaporkan bahawa iOS 12 BETA 7 menyebabkan iPhone menjadi perlahan.
Aduan ini dilaporkan oleh seorang editor dari laman web Apple paling popular 9to5mac. Berikut merupakan aduan di laman Twitter peribadi beliau.
Setakat ini saya masih belum mendapatkan maklum balas dari pengguna di Malaysia adakah mereka turut mengalami masalah yang sama atau ia hanya kes terpencil sahaja.
Namun berdasarkan aduan yang dibuat oleh beliau yang menjangkakan bahawa iOS 12 BETA 7 akan ditarik balik oleh Apple. Besar kemungkinan ia merupakan satu kes yang agak kritikal.
Saya akan menunggu kenyataan rasmi dari Apple serta aduan dari beberapa pengguna iOS yang lain.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: Zac Hall