in ,

Apple Bakal Melancarkan macBook Air Versi Terbaru

macBook Air bukanlah produk yang asing dikalangan peminat Apple dimana kali pertama model ini dilancarkan adalah pada 30 Januari 2008 semasa di acara Macworld. 

macBook Air pada hakikatnya hanya hadir pada paparan skrin 13.3inci sahaja. Namun, ia telah dikembangkan pada paparan skrin 11inci. 

macbook-air
macBook Air

Sepanjang macBook Air berada di pasaran, pelbagai penambahbaikan pada spesifikasi telah dilakukan. Namun, sesuatu yang amat mendukacitakan apabila pihak Apple kekal menggunakan rekaan yang sama tanpa membuat perubahan besar pada rekaan asal. 

Terkini, pihak TrendForce melaporkan bahawa Apple besar kemungkinan akan melancarkan macBook Air terbaru sekitar penghujung tahun ini. 

macBook Air terbaru ini dikatakan mempunyai rekaan baru dan ia tidak lagi menggunakan rekaan asal yang sepuluh tahun berada di pasaran. 

“The second quarter was the transition period when Apple was preparing for the releases of the upcoming new MacBook devices for the year,”

Lagi artikel di ifon.my  Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

macBook Air terbaru ini dikatakan akan menggunakan teknologi retina display dengan paparan 2,560 x 1,600 pixel. 

Sekiranya benar macBook Air bakal dilancarkan pada tahun ini. Tidak hairanlah beberapa wakil penjual Apple yang sah (AAR) mula menjual model ini pada harga yang rendah berbanding harga pasaran. 

Screenshot_20180817-003417
Laman Jualan Apple 

Jika dilihat pada laman jualan atas talian Apple. Harga bagi macBook Air 13inci yang mempunyai kapasiti storan 128GB dijual pada harga RM3,961.00. 

Berbanding dengan wakil penjual sah Apple, mereka menjual macBook yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan harga RM3,299.00. 

Screenshot_20180817-003246
Ihsan AAR Malaysia

Jika dilihat pada harga yang dijual di AAR, jelas menunjukkan mereka mula menawarkan harga yang rendah dan mungkin ingin menghabiskan stok yang terdapat di dalam kedai mereka. 

Lagi artikel di ifon.my  MacBook Air (2022)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan harga tawaran ini, boleh terus  ke AAR yang terdekat dengan kawasan anda. 

macBook Air hadir dengan spesifikasi berikut:

  • Dual-core Intel Core i5 processor
  • Intel HD Graphics 6000
  • Fast SSD storage
  • 8GB memory
  • Two USB 3 ports
  • Thunderbolt 2 port
  • SDXC port
  • Up to 12 hours of battery life*
  • 802.11ac Wi-Fi
  • Multi-Touch trackpad

Konklusinya, saya menjangkakan Apple bakal mengadakan acara ini sekitar Oktober ini bersama-sama dengan pelancaran iPad yang terbaru. 

Saya juga berpandangan, sekiranya anda mahukan produk yang terbaik. macBook Air yang ada sekarang kurang sesuai untuk anda miliki. 

Belum dipastikan sama ada harga bagi model terbaru nanti akan naik atau kekal pada harga semasa. Apa pun, semua terpulang kepada anda untuk menilainya. 

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: TrendForce

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Jony Ive Kembali Menghidupkan Era Keagungan Apple.

iOS 5 Revolusi Baharu Skeuomorphic