in ,

iPhone Smart Battery Case

iPhone Smart Battery Case merupakan antara aksesori yang perlu dimiliki bagi pengguna iPhone 6S dan iPhone 7.

Setakat ini Apple masih belum mengeluarkan versi yang menyokong iPhone 8 dan iPhone 10 dan besar kemungkinan ia akan hadir sedikit masa lagi.

0010615_apple-smart-battery-case-for-iphone-66s7-white
Apple Smart Battery Case

Saya akui, iPhone battery case ini bukan asing bagi anda. Banyak aksesori seperti ini dijual di kedai-kedai telefon.

Namun, jika anda mahukan yang benar-benar selamat dan menyokong widget untuk peratusan bateri. iPhone Battery Case dari Apple sememangnya layak untuk anda beli.

Secara purata, jangka hayat iPhone 6S/iPhone 7 akan berada di paras 20% sekitar 8 jam.Ini mengakibatkan anda terpaksa caj telefon anda untuk kali kedua bagi memastikan ia kekal sehingga malam.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

Dengan menggunakan aksesori ini, sekurang-kurangnya iPhone anda mampu bertahan sehingga satu hari penggunaan tanpa cas.

Walaupun rekaan agak kurang menarik, namun pengalaman menggunakan aksesori ini sangat selesa dan senang untuk digunakan.

Smart Battery Case untuk iPhone 6S dikuasakan dengan 1877 mAh dan 2365 mAh untuk iPhone 7.

Harga bagi aksesori ini bermula pada harga RM442.00 bagi iPhone 6/6S dan boleh didapati di wakil penjual sah Apple.

Manakala untuk iPhone 7 buat masa ini aksesori ini belum ada di jual di wakil penjual sah Apple. Namun, harga bagi aksesori ini adalah sekitar USD99.00 atau sekitar RM442.00.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tim Cook Memperoleh Pendapatan Sekitar RM2.9 Billion Sepanjang Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple

SAH Acara Pelancaran iPhone Dilancarkan Pada 13 September 2018