in

Kapasiti RAM Pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr Diperlihatkan

Setelah sehari iPhone 2018 telah dilancarkan oleh Apple, timbul persoalan berhubung kapasiti RAM pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

Menurut Geekbench 4, iPhone Xs dan iPhone Xs Max hadir dengan 4GB RAM manakala iPhone Xr hadir dengan kapasiti RAM 3GB.

Ini bermakna iPhone Xs dan iPhone Xs Max merupakan model pertama yang menyokong RAM setinggi 4GB. Manakala iPhone Xr mempunyai kapasiti RAM 3GB menyamai iPhone X.

Screenshot_20180914-035656

Dalam ujian yang dilakukan oleh Geekbench 4, iPhone Xs memperoleh skor sebanyak 11385 dan 11167 bagi multi-core, manakala 4576 dan 4763 untuk single-core.

Bagi iPhone Xs Max pula, memperoleh 10842 dan 10266 pada multi-core dan 4813 dan 4790 bagi single-core. Kemerosotan skor berbanding iPhone Xs berkemungkinan disebabkan iPhone Xs Max diuji dalam iOS 12.1 yang akan dilepaskan kepada pengguna sedikit masa lagi.

Lagi artikel di ifon.my  Ujian Ketahanan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max

Bacaan bagi iPhone Xr pula, ia mencatatkan skor 9367 bagi multi-core dan 4754 bagi single-core.

Sumber : Geekbench 4

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pengedar Sah Apple Mula Menurun Harga iPhone X

Laman Jualan Apple Ditutup Sementara Bagi Pengenalan Produk Baharu?