in ,

Anda Boleh Pra Tempah iPhone Xs Dan iPhone Xs Max Bermula Sekarang Dengan Harga Sekitar RM4,137.35 Sahaja.

Hari ini Apple mula membuka pra tempah bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max dengan harga bermula USD999.00 dan USD1,099.00.

Setakat ini belum dipastikan berapakah harga jualan iPhone Xs dan iPhone Xs Max di Malaysia. Namun saya menjangkakan ia akan dijual pada harga yang tinggi akibat dari kelemahan Ringgit dan pelaksanaan cukai SST.

Screenshot_20180914-164215

Saya mengakui ramai dikalangan rakyat Malaysia ternanti-nanti iPhone Xs dan iPhone Xs Max berada di pasaran. Namun setakat ini tiada tarikh rasmi dinyatakan oleh pihak Apple.

Mungkin ada dikalangan anda telah membuat pra tempah dengan beberapa penjual yang akan membelinya di Singapura.

Disini saya ingin kongsikan sedikit bagaimana anda boleh mendapatkan iPhone ini dalam harga yang rendah tanpa menjejaskan kualiti dan warranti.

Hakikatnya anda boleh membuat pra tempah di laman sesawang Apple di Amerika Syarikat walaupun proses penghantaran hanya di sekitar US sahaja.

Caranya mudah, terdapat banyak syarikat kurier menyediakan perkhidmatan pengeposan dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

Sebelum ini juga saya pernah nyatakan dalam penulisan sebelum ini berkaitan perkhidmatan ezipost dari Pos Malaysia. Ini merupakan kesinambungan dari penulisan yang lepas.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xr Akan Berada Di Pasaran Pada 26 Oktober 2018?

Pertama sekali anda perlu mendaftar akaun Ezipost dengan melayari laman sesawang Ezipost kemudian anda akan diberikan satu alamat di Amerika Syarikat.

Proses ini sangat mudah dimana anda hanya perlu mendaftar secara percuma dan pihak ezipost akan memberikan anda satu alamat di US untuk membolehkan barang yang dibeli dihantar pada alamat berkenaan.

Contoh alamat seperti di bawah:

Screenshot_20180914-164951

Semasa proses penghantaran, anda wajib menggunakan alamat ini dan iPhone anda akan dihantar ke alamat seperti yang dinyatakan dalam akaun anda.

Sebaik sahaja pembelian berjaya, pihak Apple akan menghantar iPhone tersebut ke alamat yang didaftarkan. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel yang memaklumkan bahawa iPhone anda telah sampai disana.

Pihak Ezipost akan mengeluarkan satu dokumen secara atas talian bagi membolehkan anda membuat pengisytiharan barangan yang anda beli.

Kos penghantaran adalah seperti berikut

Screenshot_20180914-165627

Setelah anda membuat pengisytiharan barangan,pihak Ezipost akan mengeluarkan invois untuk anda menjelaskan bayaran pengeposan.

Sebaik anda membuat pembayaran, pihak Ezipost akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda di Malaysia. Tempoh penghantaran kebiasaannya memakan masa satu hingga dua minggu.

Lagi artikel di ifon.my  Harga Rasmi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr

Berhubung Value-Added-Tax(VAT) saya tidak dapat memberikan penjelasan terperinci memandangkan saya tidak pernah membayar sebarang kos tambahan sebaik barangan tersebut sampai ke Malaysia.

Jika dilihat harga bagi sebuah iPhone Xs 64GB berharga USD999.00. Jika mengikut kadar tukaran semasa yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, harga bagi iPhone Xs 64GB adalah RM4,137.35.

Screenshot_20180914-170332
Ihsan: Bank Negara Malaysia

Harga RM4,137.35 ini tidak termasuk kos penghantaran dan cukai ke Malaysia. Namun secara peribadi saya berpandangan harganya jauh lebih rendah dari iPhone Malaysia Set.

Dari segi kualiti pula, tidak ada sebarang cacat cela pada iPhone model dari Amerika Syarikat ini. Selain itu dari segi jaminan, pihak Apple menerima iPhone yang bukan dari Malaysia asalkan ia versi Unlocked.

Konklusinya, daripada anda menghabiskan wang yang lebih banyak dengan membuat pra tempah dari penjual di Malaysia. Adalah molek sekiranya anda membelinya terus dari Amerika Syarikat.

Dari segi risiko pula, saya tidak boleh meletakkan 100% kepercayaan terhadap Ezipost. Namun, perkhidmatan ini disediakan oleh Pos Malaysia. Bermakna anda boleh membuat aduan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

SELAMAT MEMBELI DAN MEMBELAH

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Laman Jualan Apple Ditutup Sementara Bagi Pengenalan Produk Baharu?

Harga iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus Turun