Seperti diketahui bahawa laman jualan Apple telah ditutup kelmarin bagi menyelaras harga baharu bagi model iPhone dan Apple Watch versi terdahulu. Selain itu, pihak Apple juga memperkenalkan produk iPhone dan Apple Watch terkini dalam laman rasmi mereka.
Terkini, laman jualan Apple Malaysia telah ditutup bagi memberi laluan kepada pengemaskinian produk dan harga. Belum dapat dipastikan apakah yang akan diperkenalkan kepada pengguna atau ia hanyalah sekadar proses kemaskini biasa.
Kebiasaanya setiap kali kemaskini kepada laman jualan Apple ia berkait rapat dengan produk baharu. Adakah Apple AirPower mula dijual atau terdapat kemaskini pada tali jam Apple Watch?
Sama-sama kita nantikan.
SEKADAR PANDANGAN