in ,

Ujian Ketahanan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max

Seperti diketahui bahawa Apple sudah mula menjual iPhone Xs dan iPhone Xs Max di mana negara Australia antara yang terawal menjual produk ini.

Seperti biasa YouTuber antarabangsa cuba untuk menjadi antara orang terawal menguji ketahan iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Video yang dimuatnaik oleh Techsmartt menunjukkan ujian ketahan bagi kedua-dua iPhone ini yang dilakukan secara bersahaja atau tidak saintifik.

Seperti diketahui semasa pelancaran iPhone Xs dan iPhone Xs Max, Phill Schiller telah memaklumkan mereka telah memperkenalkan skrin yang mempunyai ketahanan paling kukuh berbanding telefon pintar yang ada dalam pasaran sekarang.

iphone-xs-apple-keynote_23

Saya secara peribadi menganggap kenyataan yang dibuat oleh Phill Schiller hanyalah sekadar strategi pemasaran memandangkan kaca yang hadir pada iPhone terbaharu ini bukanlah terlalu kukuh hinggakan pengguna tidak perlu memasang tempered glass.

Keputusan yang hadir pada video berdurasi 7 minit 30 saat ini sudah cukup menggambarkan kepada pengguna bahawa mereka perlu membeli case dan tempered glass pada iPhone mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memaksa Pengguna Kemas kini iOS 15?

Apple gemar menggunakan perkataan kuat dan kukuh setiap kali iPhone diperkenalkan. Namun secara realiti tidak begitu, masalah kosmetik serta skrin yang mudah pecah membuatkan pengguna terpaksa menanggung risiko yang tinggi.

Semoga anda terhibur dengan video yang dimuatnaik ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ramalan Harga Jualan iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone Xr Dan Apple Watch Siri 4 (GPS) Di Malaysia

iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Telah Mendapat Pengesahan SIRIM