Hari ini Apple secara rasmi telah melepaskan kemaskini bagi iOS 12.1 BETA 2 kepada pengguna berdaftar. Kemaskini ini adalah kesinambungan dari versi sebelumnya yang dilepaskan baru-baru ini.
iOS 12.1 padat dengan ciri-ciri baharu termasuklah Group FaceTime, sokongan eSIM pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max serta hadir dengan 70 emoji baharu.


Bagi pengguna Public BETA pula, saya menjangkakan anda boleh mengemaskini versi ini sekitar jam 6.00 pagi ini atau sekitar 48 dari masa iOS 12.1 BETA 2 dilepaskan.
SEKADAR PANDANGAN