Hari ini Microsoft telah melancarkan dua model terbaru di bawah kumpulan Surface iaitu Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2.
Surface Pro 6 dikuasakan dengan Cip Pemprosesan generasi ke-8 Intel Quad Core, 8MP autofocus kamera HD dan hadir dengan kapasiti bateri yang mampu bertahan sehingga sehari.
Bagi Surface Laptop 2 pula ia hadir dengan paparan 13.5 inci PixelSense dan turut dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Quad Core, 8MP autofocus kamera dan didatangkan dengan papan kekunci yang disaluti Alcantara.
Kedua-dua model ini buat pertama kali hadir dengan warna hitam dan akan berada di pasaran pada 17 Oktober 2018 di negara terpilih sahaja.


Surface Pro 6 bakal dijual pada harga sekitar $899 manakala Surface Laptop 2 dijual pada tanda harga bermula $999. Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia.
SEKADAR PANDANGAN