in ,

Android Mendominasi Pasaran Malaysia Bagi Tahun 2018

Seperti dijangka penguasaan sistem operasi Android terus mengalami pengukuhan untuk tahun 2018 apabila ia meningkat 14% kepada 93.4% menurut laporan dari DeviceAtlas

ios

Pengukuhan Android di pasaran Malaysia berkemungkinan disebabkan pengguna mula memilih peranti Android berbanding iPhone. Ini dibuktikan dengan laporan yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas di mana Samsung Galaxy J2 Prime antara peranti paling banyak dibeli oleh pengguna di Malaysia dengan penguasaan sebanyak 12.6%.

device

Selain itu juga faktor harga dan variasi model serta kepelbagaian jenama yang ada di pasaran menyebabkan pengguna cenderung memilih Android berbanding iPhone.

Jika dilihat pada data yang dikeluarkan, iOS hanya menguasai sebanyak 6.5% sahaja turun sebanyak 13.5% berbanding tahun sebelumnya. Penurunan yang drastik ini berkemungkinan disebabkan harga jualan bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus serta iPhone X sangat tinggi berbanding peranti Android.

Lagi artikel di ifon.my  Memilih iOS atau Android Sama Seperti Memilih Coke atau Pepsi

Dengan penurunan yang ketara ini, saya menjangkakan penguasaan iOS akan terus mengucup untuk tahun 2019 disebabkan harga jualan bagi model terbaharu iPhone berkemungkinan akan dijual sekitar RM3,599.00 hingga RM6,999.00.

Dengan penurunan yang ketara ini juga akan memberi sedikit kesan terhadap tumpuan Apple dalam menyediakan perkhidmatan Apple Pay dan aplikasi Apple TV kepada pengguna di Malaysia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xr Akan Berada Di Pasaran Pada 26 Oktober 2018?

Apple Menerbitkan Video Penggunaan iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr