in

Penerbit Membandingkan Kualiti Video Pada iPhone Xs Max Dengan Kamera Profesional Berharga RM40,000.00

Jika semalam saya ada menerbitkan satu penulisan di mana ada dikalangan pengguna sering memberi tanggapan negatif terhadap kualiti gambar pada iPhone Xs Max.

Screenshot_20181009-201240

Hari ini saya ingin berkongsi satu video di mana seorang penerbit telah membandingkan kualiti video pada iPhone Xs Max dengan kamera Canon C200 yang berharga sekitar RM40,000.00.

Dalam video yang dimuatnaik di YouTube ini telah membuktikan bahawa kualiti iPhone Xs Max boleh dianggap terbaik walaupun ia hanya sekadar telefon pintar.

Video berdurasi 6 minit 11 saat ini telah membandingkan video pada iPhone Xs Max dengan Canon C200.

Saya bukanlah pakar dalam menilai kualiti sesuatu video, namun saya terkejut apabila kamera yang saya pilih untuk merakam video tersebut adalah dari iPhone Xs Max.

Saya setuju dengan pandangan yang dikeluarkan oleh pengulas ini.

Penghasilan sesuatu video yang berkualiti bukan 100% dari peralatan yang anda gunakan. Faktor utama penghasilan video berkualiti adalah kemahiran kita dalam merakam gambar.

Jika anda belum menontonya lagi, kamera manakah yang akan anda pilih?

Lagi artikel di ifon.my  DXOMARK: Huawei Mate 20 Pro Berjaya Mengalah iPhone Xs Max Dan Google Pixel 3?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melepaskan Kemaskini iOS 12.0.1 Kepada Pengguna

Pixel 3 dan 3 XL dilancarkan