Mungkin saya terlambat untuk berkongsi data berkenaan penguasaan iOS 12 yang dikeluarkan oleh Apple pada 11 Oktober 2018.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan iOS 12 telah dikemaskini sebanyak 50% pada iPhone,iPod, iPad dan CarPlay.
Jika dilihat dalam carta pie tersebut jelas iOS 12 hanya memerlukan kurang sebulan untuk menguasai 50% dari keseluruhan pasaran.
Hal ini berkemungkinan disebabkan maklum balas yang positif dikalangan pengguna seterusnya meningkatkan jumlah peranti yang dikemaskini.
Selain itu juga pihak Apple turut berkongsi data di mana sebanyak 53% peranti yang mengemaskini iOS 12 datang dari peranti yang diperkenalkan pada September 2014 iaitu semasa pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.
Kontradiksi bagi Android 9.0 (pie) setakat hari ini tiada maklumat yang dilaporkan di laman rasmi mereka.
Walaubagaimanapun, saya menjangkakan tahap penguasaan bagi Android setakat bulan Oktober 2018 kurang dari 10% jika dilihat dari segi trend semasa.
Berdasarkan laporan yang dikemaskini setakat 29 September 2018 (waktu tempatan) Android 8 (Oreo) hanya menguasai 20% dari keseluruhan pasaran.
Konklusinya, kunci utama peningkatan sesuatu sistem operasi bagi telefon pintar bergantung kepada sokongan pada sesuatu peranti.
Tidak hairanlah mengapa ramai memilih iPhone disebabkan tahap sokongan bagi sesebuah iOS mampu bertahan sehingga lima (5) tahun.
Pengemaskinian sesuatu sistem operasi adalah penting bagi memastikan sesebuah peranti dapat menyesuaikan diri dalam landskap teknologi yang serba canggih ini.
SEKADAR PANDANGAN