in

iOS 12 Telah Dikemaskini Sebanyak 70% Dari Keseluruhan Peranti Apple

Apple hari ini telah mengemaskini laman web mereka dimana ia memperlihatkan sebanyak 70% peranti telah mengemaskini iOS 12.

Antara peranti yang menyokong iOS 12 termasuklah iPhone, iPod dan iPad.

Peningkatan yang memberangsangkan ini didorong dengan maklum balas positif dikalangan pengguna yang menganggap iOS 12 antara sistem operasi paling stabil berbanding iOS 11 sebelum ini.

iOS 12 juga antara versi yang memfokuskan kepada peranti terdahulu terutama sekali iPhone 5S yang mana ia menjanjikan kestabilan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Screenshot-20181205-033209

Selain daripada itu, Apple juga turut berkongsi di mana sebanyak 72% peranti yang dijual dalam tempoh 4 tahun telah mengemaskini iOS 12.

Screenshot-20181205-033411

Konklusinya, dengan peratusan yang positif ini ia dapat menuntaskan bahawa iOS 12 antara sistem operasi yang terbaik dalam kelasnya.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengguna Berpuas Hati Dengan Kemaskini iOS 12

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Petua Memilih Kabel Lightning (MFi) Bagi iPhone, iPad Dan iPod

Apple Mula Menjual Clear Case Bagi iPhone XR