in ,

48% Responden Bersetuju Faktor Harga Menyebabkan Mereka Tidak Memilih iPhone Sebagai Telefon Pintar Utama

Pertelingkahan antara peminat Android dan iOS sehingga kini masih belum selesai malah ia semakin hebat hingga lahirnya golongan Androidfag, iFag dan Pocofag.

Walau bagaimanapun, tentu ada sesuatu yang menyebabkan golongan ini taksub terhadap sesuatu jenama hingga sanggup mengutuk pengguna lain.

Sama ada anda peminat Android atau iOS, sekiranya anda mempunyai pemikiran yang negatif sebaik manapun sesebuah jenama, anda tentu menafikan tanpa alasan yang konkrit.

Semalam saya terpanggil untuk membuat sedikit undian dikalangan pengguna Android berhubung kecenderungan mereka memilih Android berbanding iOS.

Dalam undian tersebut saya telah menjadikan harga, spesikasi, ekosistem dan kepuasan sebagai faktor penyebab kecenderungan ini.

Seramai 3,541 responden di laman Twitter@xaviernaxa telah menyertai undian ini.

Screenshot-20181030-152831

Berdasarkan undian ini, 48% atau 1700 responden memilih faktor harga penyebab utama mengapa mereka lebih memilih Android berbanding iOS.

Hal ini boleh dibuktikan dengan harga yang ditawarkan oleh Apple pada model terkini sangat premium hingga tidak tercapai dek akal.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.2 BETA 1 Dilepaskan Seawal Hari Ini

Harga iPhone Xs 64GB dijual pada harga RM4,999.00, iPhone Xs Max 64GB RM5,399.00 dan iPhone Xr 64GB RM3,599.00.

Bagi saya memang benar, harga merupakan faktor utama mengapa pengguna kurang berminat dengan iOS disamping pengguna terpaksa membeli dan menukar komponen asli di Pusat Servis atau Jualan yang sah sahaja.

Pengguna ini hakikatnya bukan semuanya tidak mampu, namun mereka meletakkan keperluan lain sebagai fokus utama berbanding sebuah telefon pintar.

Faktor spesikasi juga menjadi faktor kedua mengapa 23% dari keseluruhan undian memihak kepada faktor ini. Memang tidak dinafikan spesikasi Android sangat tinggi jika dibandingkan dengan iPhone.

Lihat sahaja spesikasi telefon pintar Pocophone F1 yang menggunakan cip Snapdragon 845, RAM 6GB dan storan permulaan 64GB dijual pada harga hanya RM1,299.00.

Namum, anda perlu memahami bahawa ekosistem iOS dan Android sangat berbeza walaupun masing-masing menggunakan spesikasi yang lebih kurang sama.

Ini kerana setiap ekosistem mempunyai kelebihan yang tersendiri membuatkan ia eksklusif.

Berikut merupakan komen dari responden mengapa mereka memilih Android berbanding iOS.

Lagi artikel di ifon.my  Sebanyak 85% iOS 11 Dikemaskini Setakat 4 September 2018

Kebebasan (Freedom) memang tidak dinafikan iPhone juga boleh bebas sekiranya anda jailbreak. Namun sejak Apple serius menangani isu Jailbreak ramai yang melupakan hasrat tersebut.

Screenshot-20181030-153920

Antara ciri hebat yang hanya ada pada Android berbanding iPhone adalah custom rom. Anda hanya dibenarkan untuk menurun taraf ke iOS terdahulu sahaja, itu pun jika Apple membenarkannya.

Screenshot-20181030-154026

Kecaknaan terhadap ringgit dan sen.

Screenshot-20181030-154050

Menggunakan kedua-dua ekosistem namun ada sebab utama mengapa ia lebih memilih Android

Screenshot-20181030-154152

Kali terakhir klimaks dalam semua faktor adalah harga.

Screenshot-20181030-154233

Konklusinya, apa jual yang anda pakai sama ada iOS atau Android masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Tidak semestinya anda menggunakan iPhone anda boleh mengherdik pengguna Android begitu juga sebaliknya.

Jadilah pengguna bijak, bukan telefon pintar sahaja yang pitar. Anda juga harus pintar memilih peranti yang sesuai dengan diri.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Cara Menonton Acara Khas Apple Pada Malam Ini

Laman Jualan Apple Ditutup Bagi Memberi Laluan Kepada Produk Terbaharu