Jika sebelum ini eSIM sering dikaitkan dengan iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr. Nampaknya Mi Malaysia mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan perkhidmatan eSIM lebih awal berbanding Apple.
Seperti diketahui, eSIM tidak memerlukan kad fizikal seperti Kad Sim tradisional. eSIM hakikatnya telah hadir di dalam telefon pintar itu sendiri.
Bagi menjayakan hasrat ini Mi Malaysia telah bekerjasama dengan Durian Man untuk memperkenalkan eSIM yang menyokong beberapa model telefon pintar Xiaomi.
Berikut merupakan model telefon pintar Xiaomi yang menyokong eSIM
Pre-Installed
MI 8 (MIUI V10.0.3.0EAMIFH)
POCOPHONE F1 (MIUI V9.6.25.0.OEJMIFD)
MIX 2S (MIU v10.0.2.1DGMIFH)
Redmi Note 6 Pro (MIUI V9.6.6.0 OEKMIFD)
Mi MAX 3 (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
Mi 8 Pro (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
Mi 8 Lite (MIUI v9.6.5.0ODTMIFD)
Durian Man hadir dengan empat pakej internet termasuklah pakej serendah RM14.15 yang menjanjikan 4GB kuota Internet dan 60 minit masa berbual.
Durian Man juga hadir dengan kuota internet setinggi 128GB dengan harga langganan RM200.00.
Sekiranya anda salah seorang pengguna telefon pintar Xiaomi yang terpilih. Anda boleh terus ke Mi Store berikut untuk melanggan pakej termasuk.
Mi Store KLCC
Mi Store Pavilion
Mi Store Mid Valley
Mi Store One Utama
Mi Store IOI City Mall PutrajayaSila muat turun aplikasi Durian Man di PlayStore dengan menekan pautan : Muat Turun Aplikasi Durian Man
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: Mi Malaysia